Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Drama

Selepas Rehat Daripada ‘Nur’, Amyra Rosli Kembali Beraksi Untuk ‘Sang Pewaris’

Mesti best ni..

Published

on

Lama tak nampak pelakon jelita Amyra Rosli muncul di kaca televisyen kan? Kali terakhir beliau memegang watak sebagai Nur menerusi drama rantaian Nur gandingannya bersama Syafiq Kyle.

Terkini, menerusi laman Instagram milik Amyra, beliau sedang sibuk mempromosikan drama terbaharu lakonannya iaitu Sang Pewaris.

Sang Pewaris

Menurut sebuah portal hiburan online, Sang Pewaris mengisahkan Ali (Ben Amir) seorang pemuda kampung biasa yang tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah.

Beliau sering mendapat mimpi pelik sejak remaja dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang.

Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui beliau mempunyai kembar.

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik.

Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.

Amyra Rosli dan Ben Amir

Saksikan Sang Pewaris yang sudah mula ditayangkan sejak 26 November lalu, setiap hari Rabu hingga Jumaat menerusi saluran TV3 pada jam 9 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest