Connect with us
Hot FM

Drama

Watak ‘Jahat’ Drama Sabarlah Duhai Hati Dipuji Ramai, Emelda Luah Rasa Terharu Dengan Sokongan Penonton

Menurut Emelda, hasil kerja yang dipamerkan di dalam drama tersebut tidak akan berjaya dilakukannya tanpa krew yang terlibat….

Published

on

Setelah bersiaran sebanyak 35 episod di slot Akasia di saluran TV3 sejak April lalu, kini drama Sabarlah Duhai Hati yang diadaptasikan dari novel karya Mimie Afinie, dibintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Emelda Rosemila, Iman Suhana, Izzue Islam, Puteri Sarah Liyana, dan Fadilah Mansor telah pun tamat ditayangkan.

Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3) | MyInfotaip

Pelbagai reaksi dan respon warganet telah dilontarkan buat drama itu, terutamanya terhadap pelakon veteran Fadilah Mansor yang berjaya membawa watak sebagai Opah yang sentiasa berjaya ‘menyakitkan’ hati ramai.

Tidak terlepas menjadi percakapan netizen, Emelda juga menerima pelbagai respon terhadap lakonannya yang bersahaja dan sangat menghayati watak tanpa perlu ‘memberikan’ usaha lebih.

Lihat perkongsian Emelda yang di muat naik di laman Instagram miliknya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila)

Menulis tanda penghargaan di ruangan kapsyen :

“Alhamdulillah. Tak sangka rupanya watak shima dalam Sabarlah Duhai Hati jadi sebutan & kemunculan dia dinanti2☺️. Thank you so much semua, yg melemparkan kata2 swheeet membuatkan hati kakshima berbunga-bunga heehee. Sukala bila ada org menghargai kerja kita. Thank u dear. Mel hargai kata2 pujian dari korang semua. Alhamdulillah.

Hasil kerja yg baik datang dari environment yg best & Mel enjoy sepanjang pengambaran Ini. Semua yg terlibat best2, Director @paliyahyalatest yg mcm doraemon sbb ada jer solution pada setiap perkara hahaha @ezz pun sama2 biol, fun suka gelak2 jer, semua kerja pulak cam lipas kudung😂. Director yg melepaskan Mel utk buat pilihan sendiri, jadikan Mel lebih creative utk berlakon. Thank you korang. ❤️

Asst. director Toa pasti ku rindui krn selalu memahami n geng buat lawak kat set😂. Team techinical Abg Roni & the geng pun sama naik selalu buat kelakar.
yang selalu ketawa bila watak shima buat kelakar hahaha!😄

Para pelakon ada yg Mel baru belakon sama pun fun2. Korang semua best lebiuu❤️. Pendek kata tiada pengalaman yg tak best dgn Team ini. Semua yg baik2 belaka.

Dah beberapa job Mel dgn @suhanmovies. Mel happy sgt, sbb semuanya mudah. Nak deal senang, bayar senang. semuanya memuaskan hati Alhamdulillah. leff la.❤️

Thank you Abg Dato @iamrosyam , thank you @tv3malaysia @dramasangat
for your trust.❤️”

Menurut Emelda, hasil kerja yang dipamerkan di dalam drama tersebut tidak akan berjaya dilakukannya tanpa krew yang terlibat dan suasana yang seronok sepanjang penggambaran itu berjalan.

Malah beliau juga telah menerima pelbagai komen positif terhadap lakonannya oleh pengikut yang mengikuti drama tersebut, oleh itu, beliau sangat bersyukur dengan peluang yang telah diberikan.

Tahniah dari kami di Hot FM buat seluruh team Sabarlah Duhai Hati!

Sumber : Instagram Emelda Rosemila

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest