Connect with us
Hot Selebriti

Filem

5 Filem Hindustan Popular Papar Adegan Perayaan Deepavali

Biasanya hari Sabtu tunggu depan TV

Published

on

Deepavali adalah salah satu sambutan perayaan agama Hindu yang paling popular.

Perayaan ini juga dikenali sebagai festival cahaya yang melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan.

Anda suka tengok drama hindustan?

Terdapat 5 filem yang disenaraikan ini menayangkan scene sambutan perayaan Deepavali.

 

Kabhi Khushi Kabhie Gham

Filem ini berlatarkan konflik keluarga yang mana ia bermula dari pasangan suami isteri, Yashvardhan Raichand (Amitabh Bachchan) dan isterinya Nandini Raichand (Jaya Bachchan) yang mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Rahul Y. Raichand (Shahrukh Khan). Satu scene yang mengharukan pasti diingati ramai adalah bila Rahul baru pulang dari luar negara. Dia masuk  ke dalam rumah dan melihat ibunya sudah menunggu kepulangannya, walaupun dia tidak memaklumkan lebih awal. Hebat instinct mak ni tau!

 

Mohabbatein

Sebuah kisah yang memperjuangkan cinta demi menentang keangkuhan. Watak Raj Aryan yang dilakonkan oleh Shahrukh Khan, merupakan seorang guru muzik di Gurukul yang cuba membawa budaya percintaan dalam kalangan pelajar. Budaya itu sangat bertentangan dengan pemikiran yang diterapkan oleh Narayan Shankar (Amitabh Bhachan) yang sangat berdisiplin dan tiada toleransi terhadap cinta. Ketegasan Narayan telah mengakibatkan kematian anaknya yang juga merupakan kekasih hati Raj.

 

Happy New Year

Chandramohan “Charlie” Manohar Sharma (Shahrukh Khan) ialah seorang jejaka yang dalam usaha keras untuk membalas dendam kepada pengusaha terkenal Charan Grover (Jackie Shroff). Dalam misi balas dendam tu, Charlie telah mengumpulkan satu pasukan terdiri daripada lima orang yang mempunyai kelebihan tersendiri. Watak mereka ni memang boleh buat para penonton tak kering gusi.

 

Om Shanti Om

Mengisahkan tentang perjuangan cinta, Om Prakash Makhija (Shahrukh Khan) seorang pelakon baru yang terkorban dalam misi menyelamatkan seorang superstar yang diminatinya, Shantipriya (Deepika Padukone). Namun wanita itu merupakan isteri rahsia kepada produser filem, Mukesh Mehra (Arjun Rampal). Kelahiran semula menemukan mereka dengan nasib yang berbeza, Om Kapoor seorang superstar dan Sandy hanya seorang artis junior. Mereka menuntut bela nasib Shantipriya yang dari kehidupan lalu.

 

Veer Zaara

Veer Zaara adalah tentang kisah cinta seumur hidup antara Veer (Shahrukh Khan) dan Zaara (Preity Zinta) yang memperjuangkan cinta demi harga diri. Perjalanan cinta yang berliku dan berlarutan sehingga melibatkan dua negara namun diselamatkan oleh seorang pengacara cantik dilakonkan oleh Rani Mukerji.

 

Berdasarkan lima filem yang dinyatakan ni, anda perasan tak apa persamaannya selain ada scene sambutan Deepavali?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest