Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Filem

Ejen Ali MISI: JUANG Adalah Satu Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Tak sabarnya!

Published

on

Siri Ejen Ali tidak asing lagi buat peminat cerita animasi di negara ini.

Tidak hanya berjaya menambat hati menonton di Malaysia, Ejen Ali turut dikenali di negara luar seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

Terbaharu, berikutan kejayaan kempen Ejen Ali #KitaJagaKita sebelum ini, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama Ejen Ali berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EjenAli.

Selepas filem pecah panggung Ejen Ali The Movie mencipta rekod kutipan box office pada November 2019, lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah, muncul menjadi ikutan dan laungan rakyat Malaysia untuk bersatu, dan saling menyokong antara satu sama lain ketika wabak COVID-19 mula dirasakan pada awal tahun 2020.

Berteraskan semangat Kita Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata:-

“Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang, melawan musuh yang tidak dapat dilihat. Dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari, kami ingin menyeru semua Ejen diluar sana untuk turut serta dengan MISI; JUANG menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan penngorbanan mereka agar sentiasa berwaspada, mempraktikkan dan mengikuti protokol keselamatan supaya bersama-sama kita memastikan pengorbanan barisan hadapan tidak sia-sia”.

 Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh menambah:-

“Sesungguhnya kita telah diuji dengan pelbagai rentetan peristiwa, cabaran dan dugaan yang luar biasa di tahun 2020. Namun kami berharap agar keadaan kembali pulih seperti sediakala pada tahun hadapan dan sejajar dengan kehidupan norma baru, kami ingin memperkenalkan rangkaian baru barangan Ejen Ali yang akan berada di pasaran bermula Januari 2021. Antaranya adalah cecair pembasmi kuman hasil kerjasama dengan Carrie Bacbuster dan pelitup muka pelbagai corak. Barisan barangan baru ini melengkapkan lagi koleksi barangan sebelum ini iaitu set papan permainan MISI: BOOT CAMP, kad permainan (trading card) MISI: ALLIANCE dan komik SIDE MISSION yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga di waktu lapang di rumah”.

Buat peminat filem animasi Ejen Ali The Movie pula, filem ini akan ditayangkan di TV3 pada 25 Disember 2020 pada jam 10.00 malam, sebagai sebahagian daripada program istimewa sempena sambutan cuti perayaan dan menariknya, filem ini dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.

Jangan lupa menonton tau!

 

Sumber: YouTube EjenAli

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest