Connect with us
Hot Selebriti

Filem

FINAS Umumkan Filem Roh Mewakili Malaysia Ke Anugerah OSCARS

Tahniah!

Published

on

Pada 4 November 2020, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengumumkan sebuah filem tempatan berjudul Roh telah dipilih mewakili Malaysia untuk pencalonan ke Anugerah Academy ke-93 (OSCARS) bagi kategori International Feature Film Award yang dijangka berlangsung pada bulan April tahun 2021.

 

 

Menurut FINAS, banyak penyertaan yang bagus diterima daripada penggiat industri filem tempatan. Bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS telah memilih karya filem Roh untuk mewakili Malaysia ke anugerah OSCARS itu nanti.

 

 

Roh adalah sebuah filem seram indie seni Malaysia 2020 yang mengisahkan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan berlaku kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

Hot FM mengucapkan tahniah kepada pihak produksi Kuman Pictures Sdn. Bhd. atas kejayaan karyanya!

Sumber: Instagram FINAS

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest