Connect with us
Hot Selebriti

Filem

Money Heist Season 5 Bakal Kembali 2021, Pengarah Dedah Ini Rompakan Terakhir

Bella ciao bella ciao…

Published

on

Buat pelayar penstriman Netflix, pasti akan mengikuti drama aksi Sepanyol yang popular di dunia, iaitu La Casa de Papel atau lebih dikenali sebagai Money Heist.

Sebelum ini, musim pertama hingga musim keempat drama aksi ini mencetuskan fenomenanya tersendiri sehingga menjadi kegilaan peminat mereka termasuk di Malaysia.

Terbaharu, para pelakon dilihat sudah mula memuat naik gambar masing-masing memberitahu bahawa mereka sudah kembali memulakan penggambaran!

Malah, Netflix juga sudah mengeluarkan trailer untuk musim ke 5 di mana kita dapat menyaksikan beberapa watak baharu yang akan muncul untuk musim itu.

 

Ini antara watak baharu yang sudah diumumkan oleh Netflix iaitu Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criad tetapi masih belum diketahui apakah peranan yang akan dibawa oleh mereka.

EXCLUSIVA YOTELE | Patrick Criado y Leonardo Sbaraglia, los desertores de  la serie de Telecinco «

Difahamkan, musim ke 5 ini juga adalah musim terakhir drama aksi ini ditayangkan dan mereka sedang dalam penggambaran yang dijangka akan mula menemui penonton pada 31 Julai 2020.

Biarpun ramai yang teruja dengan pengumuman Money Heist musim ke-5 bakal kembali, namun ada yang terlebih dahulu menyatakan kesedihan mereka apabila Netflix turut mengumumkan ini merupakan rompakan terakhir mereka.

Musim lepas kita menyaksikan Alba Flores atau Nairobi yang juga merupakan watak penting di dalam Money Heist dibunuh dan tidak dapat diselamatkan.

Netflix Money Heist (La Casa de Papel) Spoilers: Alba Flores Says Goodbye,  Nairobi's Shocking Death & Exit! - Daily Soap Dish

Bagaimana pula dengan musim terakhir ini, are you guys ready?

Image

Sama-sama kita nantikan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest