Connect with us
Hot Selebriti

Filem

Nad Zainal Terkesan Dengan Kes Rogol Tergempar Korea Selatan Yang Difilemkan, Hope

Sama-sama ambil iktibar

Published

on

Hope adalah sebuah filem tahun 2013 dari Korea Selatan yang dinobatkan sebagai filem terbaik pada 34th Blue Dragon Film Awards.

Ia diadaptasi daripada kisah rogol sebenar yang menyayat hati dan tergempar di negara itu pada tahun 2008.

Pada 13 Disember 2020, pelakon Nad Zainal telah membuat satu hantaran di Instagram berhubung perkara itu.

Melalui caption, Nad turut menceritakan tentang rasa tidak puas hati rakyat Korea Selatan dengan kes tersebut yang mana perogol itu telah dibebaskan pada 12 Disember 2020:-

“12.12

dia (pesalah) telah bebas harini, berlaku demonstrasi di luar penjara membantah keputusan membebaskan pesalah.. mampukah dia hidup dengan aman?”

Selain itu, Nad mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka dengan keselamatan anak-anak:-

“pesanan untuk diri sendiri juga… dalam dunia sekarang ni, tak boleh alpa dalam bab keselamatan anak.. rumah dekat macamana pun, kena tengok anak betul ke dah sampai sekolah…takut!”

Buat yang sudah menonton Hope, drama ini pasti meninggalkan kesan dari segi kecaknaan tentang isu yang disampaikan.

Sama-sama kita jalankan tanggungjawab supaya kejadian seperti ini tidak berlaku dalam masyarakat kita.

 

Sumber: Instagram Nad Zainal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest