Connect with us
Geng Pagi Hot

Filem

Pertama Kali Bawa Watak Dirasuk, Nabila Huda Dedah Cabaran Dalam Munafik

Memang hebat lakonan Nabila Huda dalam Munafik tu

Published

on

Masih ingat filem Munafik yang ditayangkan pada 2016?

Dibintangi pelakon hebat antaranya Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Pekin Ibrahim, filem ini benar-benar memberi impak yang kuat buat para penonton.

Kehebatan watak dalam Munafik juga tidak dapat disangkal lagi.

Pada 8 Februari 2021, Nabila Huda telah memuat naik satu video di Instagram miliknya menceritakan watak Maria yang dibawakannya dalam filem itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Video tersebut menunjukkan scene ketika beliau dirasuk.

Mengakui watak dirasuk dalam Munafik adalah pertama kali dilakonkannya, Nabila berkata tugas itu mencabar:-

“-This is my 1st possessed scene ever!
My 1st horror movie.
-Scene ni kite shoot 2am ke atas sampai siang.
-Scene berdurasi 5min diselesaikan dalam 2 3 hari kalau tak silap.
-Sebelum pakai contact lens hitam tu abil menangis bagai nak rak sebab sakit gila,dia cover full mata so kena kepak kan kelopak mata masa nak masuk kan. Mak @jlozali melayan kite melalak..haha! “

Pemakaian contact lens yang bersaiz besar membuatkan matanya sakit.

Perkara itu semestinya mengganggu beliau untuk melihat dengan baik.

Selain itu, dialog dalam Bahasa Arab juga menjadi satu cabaran buat dirinya untuk menghafal dan menghayati.

Namun, beliau tetap usahakan juga demi menjayakan babak berkenaan.

“-Translation dialogue bahasa arab tu dibuat pada pagi tu jugak masa nak masuk set nak shoot scene tu.
-All the dialogues arab abil olah balik kepada bahasa pasar tapi makna yang sama yang diberi oleh director atas bantuan my good friend @khaliqhusseinharith from Singapore! Texted him at 3am or 4am mintak translate. Nasib member tak tidur lagi!Thanks cacaleq!
-During the shoot set gelap and abil nampak semua soft focus sebab rabun and tambah dengan contact lens tu.Actually abil tak confident sebab tak dapat nak tengok semua benda dengan clear but tawakal je.
-My weakness adalah i susah nak ingat atau nak menghafal benda lain selain dari script.Script bagi 50 page i can easily ingat tapi Bahasa arab.It’s not easy.Seriously! Haha”

Selain itu, dengan jarak penglihatan yang terhad, Nabila terpaksa menggunakan bantuan Syamsul:-

“-I wrote my own prompter lekat kat shoulder @syamsulyusoffilm masa my close up shot.So imagine,rabun tapi nak baca bahasa arab tu kat kertas,sambil kena rasuk,tapi mata tak boleh gerak ke kiri kanan nampak macam membaca and at the same time,ada pergerakan tangan dan kepala.
-Most of the scenes dibuat dengan 1 take saja.
-Ini adalah Scene yang paling nervous abil nak buat sebab takut tak boleh buat.Ye la tak penah buat possessed scene. To be honest,abil memang takut sangat.”

Mengakui penggambaran untuk filem itu memenatkan mental dan fizikal, Munafik adalah filem pertama yang paling mencabar untuk beliau:-

“-Sepanjang shooting filem ni memang emosi tak stabil sebab terlalu penat,tak cukup rehat,badan sakit-sakit dan penuh kerisauan.
-Abil ulang alik Janda baik-KL everyday sampai bawak kereta sambil menangis sebab dh terlalu penat pergi kerja petang time orang balik kerja jalan jammed,balik 8am time orang pergi kerja.Drama bukan?haha
– Ini adalah filem pertama yang paling mencabar dan menguji mental dan fizikal.”

Bagaimanapun, segala penat lelah itu terbayar setelah Nabila dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik untuk sebuah anugerah.

“-Atas segala cabaran untuk menjayakan watak ni,abil dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik festival filem malaysia 28 untuk pertama kali nya !! And It’s worth it ! I am thankful..🤲🏾”

Memang layak Nabila Huda menang kerana beliau ialah seorang pelakon yang berbakat dan hebat!

 

Baca artikel berkaitan: Persoalkan Yuran Sekolah Perlu Dibayar Penuh, Nabila Huda Cari Guru Untuk Home Schooling

Sumber: Instagram Nabila Huda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest