Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

“Ajal Maut Kita Allah Yang Tentukan” – Dr Noor Hisham Seru Frontliners Betulkan Niat

Banyak jasa hero negara ni

Published

on

Dalam menghadapi krisis melawan Covid-19, hadir seorang insan yang diangkat sebagai hero oleh rakyat Malaysia.

Beliau ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namanya cukup dikenali dalam usahanya mengetuai pasukan perubatan dalam mengekang wabak Covid-19 dari terus merebak.

Pada 11 November 2020, terdapat satu tuduhan dilemparkan ke atas Dr Noor Hisham oleh Ahli Parlimen Bintulu yang mengatakan “DG takut mati.”

Kenyataan itu telah menimbulkan rasa marah daripada ramai pihak yang merasakan tuduhan berkenaan adalah keterlaluan.

Menjawab isu tersebut pada hari yang sama, Dr Noor Hisham telah membuat satu ciapan di Twitter.

Tweet beliau bertujuan untuk mengingatkan para frontliners untuk betulkan niat dalam berkhidmat kerana Allah SWT.

Selain itu, ia juga sebagai peringatan bahawa setiap usaha yang dilakukan mestilah diletakkan pengharapan kepada Allah.

Tambahnya:-

“Ajal maut kita Allah yg tentukan.”

Ciapan berkenaan walaupun ringkas, namun ia sarat dengan mesej untuk dihayati bersama.

Hot FM mendoakan semoga usaha dan jasa Dr Noor Hisham dan para frontliners  dibalas dengan kebaikan dan kejayaan.

 

Sumber: Twitter Dr Noor Hisham Abdullah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest