Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

Ambil Suntikan Vaksin Di Usia 96 Tahun, Tun M Seru Rakyat Menyertai Program Vaksinasi

Tun M pun sudah ambil suntikan vaksin sebagai langkah untuk bersama-sama membendung jangkitan COVID-19

Published

on

Sejak penghujung bulan Februari 2021, negara menerima khabar gembira dengan ketibaan dos vaksin COVID-19.

Perkara ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat dalam usaha pihak kesihatan untuk mengekang jangkitan virus COVID-19 tersebut daripada terus menular.

Pada 7 Mac 2021, bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Beliau memberitahu bahawa dirinya sudah selesai mengambil suntikan dos pertama untuk vaksin COVID-19.

Melalui caption:-

“Hari ini saya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi untuk lihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.

Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’ di sini. Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal.”

Beliau yang menerima vaksin itu di usia 96 tahun turut mengajak rakyat Malaysia, tidak kiralah warga emas atau golongan muda, supaya menyokong program vaksinasi yang sedang dijalankan.

“Selain itu sebagai warga emas saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur seperti saya tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti. Usaha ini perlu kita sokong. Kita sebolehnya mahu lebih ramai diberi vaksin untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid19. Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luarbiasa.”

Tun M juga memberitahu bahawa beliau tidak merasakan kesan sampingan setelah mengambil suntikan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih buat pihak petugas barisan hadapan yang terlibat untuk program vaksinasi.

“Saya ingin rakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Kuah, Hospital Langkawi dan para barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar.”

Ha, Tun M pun dan ambil suntikan vaksin.

Lepas ni sesiapa yang belum mendaftar tu dah boleh bertindak demikian dengan menggunakan aplikasi MySejahtera tau!

Lindung diri lindung semua.

 

Baca artikel berkaitan: Tengah Siap Pergi Pejabat, Tun Mahathir Dapat ‘Tabik’ Daripada Pengawal Tak Diundang…

Sumber: Instagram Tun M

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest