Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Anak Angkasawan Negara Silap Eja Nama Sebab Lama Tak Pergi Sekolah

Selalu tengok barang online ke tu

Published

on

Ramai yang mengenali keluarga angkasawan pertama negara iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Beliau dan isterinya iaitu Datin Dr. Halina kerap berkongsi ilmu serta kisah menarik keluarganya di Instagram.

Pasangan yang juga merupakan doktor perubatan tersebut kini memiliki dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki kembar.

Lebih membahagiakan, keluarga ini akan mendapat ahli baru setelah Dr. Halina sebelum ini mengumumkan dirinya sedang hamil bayi kembar.

Pada 5 November 2020, Dr. Halina telah berkongsi satu hantaran lucu di Instagram miliknya.

Ia menujukkan anak perempuanya yang bernama Sophea Natasha telah silap mengeja namanya sendiri menjadi ‘Shopea Natasha.’

Hantaran itu disertakan caption:-

“Bila dah lama tak sekolah… nama kelas salah.. nama sendiri pun salah… 🤦🏻‍♀️ It’s Sophea… not Shopea 😅”

Maklumlah, sekarang ini mereka terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), oleh itu sekolah masih lagi ditutup di kawasan yang terlibat.

Rata-rata komen pada hantaran itu menyatakan rasa lucu dan mengira ia hampir sama ejaan dengan Shopee.

Terhibur pula bila terbayangkan situasi ketika itu.

Apa pun semoga keluarga angkasawan kesayangan ramai ini sentiasa bahagia dan ceria.

Buat Datin Dr. Halina, Hot FM mendoakan kesihatan yang baik bersama bayi kembar dalam kandungan!

Sumber: Instagram Datin Dr. Halina

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest