Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Anak Semakin Dewasa Di Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim Akui Putera Wakeel Beruntung Mempunyai 2 Ibu

Azrinaz bersyukur kerana puteranya mempunyai seorang lagi ibu yang menjaganya di Brunei

Published

on

Tidak dapat bayangkan bagaimanakah hati seorang ibu yang merindui anaknya yang jauh di mata.

Jika rakyat Malaysia terpisah dengan keluarga selama 2 tahun kerana larangan rentas negeri akibat COVID-19, namun selebriti Azrinaz Mazhar Hakim lebih lama terpisah dengan anak-anaknya yang tinggal di Istana Nurul Iman, Brunei.

Pada 1 Jun 2021, Azrinaz mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat putera sulungnya yang ke-15.

Baca artikel berkaitan: Azrinaz Mazhar Hakim Tetap Mendoakan Puterinya Di Brunei Walaupun Sudah Lama Terpisah

“1st June

15years ago. Alhamdulillah to have given birth to you is a blessing. How time flies MasyaAllah I still remember the moment I held you in my arms you were so tiny. Raising you up, you are one manja and clingy person”

Azrinaz juga mengakui bahawa puteranya sangat beruntung kerana mempunyai dua orang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu merujuk kepada Permaisuri di Brunei sekarang.

“You are lucky because Allah gives you not only 1 but 2 mothers that loving you unconditionally

Happy Birthday Abang Wakeel from mommy, adik Malaykha and adik Atheera. Love and miss you so much #awb #princewakeelbolkiah”

Putera Wakeel atau Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘ Abdul Wakeel ialah anakanda kepada Azrinaz dengan perkahwinan terdahulunya bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Selain Putera Wakeel, seorang lagi anakanda Azrinaz yang berada di Brunei ialah Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Tindakan Azrinaz yang hanya memuat naik foto-foto lama bersama putera dan puterinya menunjukkan beliau sudah lama tidak bersua dengan mereka.

Azrinaz kini memiliki 4 orang cahaya mata, yang mana 2 orang anak perempuan lagi ialah hasil perkahwinannya sekarang.

Semoga suatu hati nanti, keluarga ini dapat bertemu dan berkongsi kebahagiaan bersama.

 

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest