Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

Balik Lewat Malam, Ebit Lew Buat Kejutan Untuk Hiburkan Anak-Anak Dan Isteri

Kasihnya seorang bapa, masih cuba untuk hiburkan hati anak-anak walaupun pulang lewat malam

Published

on

Pendakwah bebas Ebit Lew dikenali sebagai seorang dermawan dan lembut dalam tutur kata menyampaikan dakwah.

Kesibukan melakukan kerja dan program amal, adakalanya menyebabkan beliau tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan kerap.

Pada 6 Mac 2021, beliau telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video tersebut menunjukkan terdapat beberapa maskot sedang membuat kejutan buat keluarga Ebit Lew.

Melalui caption:-

“Dah balik lewat malam. Anak belum tidur. Terus masuk rumah pakai mickey. Anak terkejut. Sekali dah tahu baru gelak ketawa. I love you anak-anakku. Muah😘😘😘 Terima kasih Allah. Bahagia saat dapat tengok senyuman bidadari dan anak-anak-ebitlew”

Rupa-rupanya maskot Mickey Mouse dipakai oleh Ebit Lew.

Menurut Ebit, beliau gembira melihat gelak ketawa isteri dan anak-anak.

Nampak la di situ bahawa beliau mementingkan kebahagiaan keluarganya.

Bagus Ebit Lew, walaupun sibuk melakukan aktiviti kebajikan, tanggungjawab sebagai ketua keluarga tidak beliau lupa.

Semoga dapat memberi inspirasi buat yang menonton.

 

Baca artikel berkaitan: Pelajar Ini Tular Kerana Tak Mampu Bayar Yuran Pengajian, Ebit Lew Terus Datang Taja RM40,000

Sumber: Instagram Ebit Lew

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest