Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Beri Duit Raya Kepada Penghantar Makanan, Anas Zahrin Ingat Pesanan Ibu Berkaitan Rezeki

Anas bermurah hati menghulurkan sumbangan duit raya kepada orang-orang yang ditemuinya

Published

on

Berkongsi rezeki dengan orang lain adalah satu amalan yang mulia.

Tindakan itu juga boleh menjemput lebih rezeki untuk datang kepada si pemberi.

Seperti yang diamalkan oleh usahawan Anas Zahrin, beliau semakin giat menghulurkan duit raya kepada orang-orang yang ditemuinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Baca artikel berkaitan: Terkejut Dilamar Seorang Wanita, Anas Zahrin Mahu Bercinta Selepas Nikah

Pada 24 Mei 2021, Anas telah memuat naik satu video yang menunjukkan beliau memberi duit raya kepada penghantar makanan.

Anas mengakui keadaan ekonomi yang tidak menentu turut menjejaskan perniagaannya namun beliau tetap mahu membantu orang lain yang juga terjejas.

“Happy betul adik rider ni. Saya tak minta banyak, just doakan perniagaan saya maju jaya. Doakan saya dan team dapat tempuh dengan hati yang tabah

Kalau nak cakap terkesan, memang terkesan tapi we need to go through this together. We fight together, sampai menang”

Namun begitu, Anas juga berharap tindakannya itu memberi inspirasi kepada orang lain dan dilihat daripada sudut positif.

“Jika awak lihat video ni sangat memberi inspirasi dan positif, maka anda akan positif dan bersemangat. Jika sebaliknya, maka tepuklah dada tanyalah diri, sebaliknya lah yang awak akan nampak

Cakap dan doa yang baik baik. Kata kata yang baik adalah doa yang melantun. Semoga الله mewahkan rezeki kita semua”

Dalam pada itu, beliau berkongsi nasihat yang disampaikan oleh ibunya tentang rezeki.

“Tadi call mak, mak cakap “harini kita bagi satu – esok lusa rezeki kita الله gandakan dengan 10. Semoga diberkati ya semua”

Usahawan tersebut juga mendoakan yang baik-baik untuk penghantar makanan.

“Buat adik rider ni dan yang lain. Semoga kalian kuat ya, teruskan berjuang. Jangan putus harapan

#ANASkongsirezeki2021 🥺🤍”

Bagus perkongsian Anas ini yang dilihat sebagai satu cara untuk menggembirakan orang lain.

Supaya tindakan beliau dapat dicontohi lebih ramai orang.

 

Sumber: Instagram Anas Zahrin 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest