Connect with us
Selamat Hari Raya

Inspirasi

Berjaya Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan, Namun Ustazah Perlu Ikut Kehendak Fouziah Gous

Fouziah Gous membuktikan kesungguhannya untuk khatam Al-Quran dengan usaha yang telah dibuat

Published

on

Pada bulan Ramadan, ramai umat Islam yang meletakkan target untuk khatam Al-Quran.

Ia adalah satu perkara yang baik untuk memanfaatkan masa yang berharga pada bulan mulia ini dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Pada 29 April 2021, pelakon Fouziah Gous telah memuat naik satu hantaran berkaitan hal itu.

Baca artikel berkaitan: Tak Perlu Mixer, Fouziah Gous Kongsi Resepi Orange Cake

Menurut Fouziah, beliau telah berjaya khatam Al-Quran pada bulan Ramadan, dan paling bermakna apabila ia jatuh pada hari Nuzul Quran.

“اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ
Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya😭. Official khatam 💯 bersama Ustazah Fadzilah.”

Namun Fouziah mendedahkan, ustazah yang memantau bacaannya perlu untuk mengikut kehendak beliau.

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur , sanggup ikut masa saya dan banyak lagi. اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ”

Tidak mengapalah Fouziah, ia menunjukkan usaha bersungguh beliau untuk khatam Al-Quran walaupun perlu menguruskan urusan harian yang lain.

Sementara itu, ramai yang tumpang gembira dengan pencapaian beliau.

Semoga perkara baik ini dapat dicontohi orang lain juga.

 

Sumber: Instagram Fouziah Gous

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest