Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ

Semoga terus kekal bahagia..

Published

on

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sebuah portal online sebelum ini pernah mendedahkan kisah pertemuannya dengan isteri, YAM Che Puan Khaleeda Bustamam adalah cinta pandang pertama.

Menurut TMJ juga, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.

Nampaknya, jawapan TMJ sama seperti isterinya ketika soalan diajukan pengikut di laman Instagram.

“Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal.” Jelas TMJ melalui portal itu

Sementara itu, Che Puan Khaleeda turut memberitahu mereka bertemu melalui sebuah kejohanan polo di sekitar ibu negara.

Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail selamat diijabkabul di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014.

Pada tahun 2015, pasangan itu dikurniakan puteri sulung yang diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Kemudian pada tahun 2017, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dilahirkan dan dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pada tahun 2019 pula, Tunku Abu Bakar Ibrahim selamat dilahirkan dan ketika ini pasangan itu sedang menantikan kelahiran cahaya mata keempat.

 

Sumber foto: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Baca artikel berkaitan: TMJ Bakal Timang Anak Ke-4, Instagram CP Khaleeda Dihujani Ucapan Tahniah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest