Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Dapat Offer Untuk Dibantu Segala Misi Akan Datang, Ebit Lew Dedah Akhlak Baik TMJ

Usaha mulia Ebit Lew dipandang tinggi ramai termasuklah mendapat perhatian TMJ

Published

on

Nama pendakwah bebas, Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terkenal dengan banyak misi bantuan yang dihulurkan secara pantas, usaha beliau cukup dikagumi pelbagai pihak.

Terbaharu pada 5 Februari 2021, Ebit Lew telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video yang dikongsikan memaparkan pertemuannya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris.

Menceritakan tentang perkara itu, Ebit Lew menulis pada ruangan caption:-

“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.”

Beliau sangat terharu dengan kecaknaan TMJ akan misi bantuan yang dilakukannya selama ini.

Selain dihadiahkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan perjalanan umrah, Ebit Lew kagum dengan niat TMJ yang selalu memikirkan rakyat.

Dalam pada itu, Ebit Lew mendedahkan akhlak baik TMJ yang sangat dikagumi beliau:-

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.”

Sokongan daripada TMJ ini sangat dihargai, terima kasih Tuanku!

Semoga sumbangan yang diperolehi ini juga akan membuat Ebit Lew terus bersemangat untuk meneruskan misi bantuannya selepas ini.

 

Baca artikel berkaitan: Isu Misi Semporna Tidak Diteruskan, Caprice Tampil ‘Back Up’ Usaha Murni Ebit Lew

Sumber: Instagram Ebit Lew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest