Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

Dijemput Ke Istana Negara, Lee Zii Jia Dipuji Kacak Dengan Memakai Songkok

Lee Zii Jia dipuji kacak dengan pakaiannya ketika menghadiri santapan diraja, malah tulisannya pada ruangan caption juga menarik perhatian

Published

on

Kejayaan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam bergelar juara All England pada 21 Mac 2021, benar-benar menaikkan namanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kehebatan aksi beliau itu dirasai setelah ramai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dengan gelaran tersebut.

Pada 7 April 2021, Zii Jia melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran.

Perkongsian tersebut adalah bersempena satu majlis santapan diraja yang dihadirinya bersama Pasukan Badminton Malaysia di Istana Negara.

Melalui caption:-

“Patik dengan segala hormat dan takzimnya, merafak sembah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja bersama Pasukan Badminton Malaysia di Istana Negara.”

Pemain itu juga menunjukkan pingat yang dimenanginya dalam perlawanan All England kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Patik berbesar hati Seri Paduka Baginda berdua berkenan menyaksikan pingat yang patik menangi pada perlawanan akhir Seluruh England.

Segala nasihat yang dititah kepada patik dan barisan pemain serta seluruh warga Persatuan Badminton Malaysia amat patik hargai dan ia menyuntik semangat patik untuk terus gigih mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Menjunjung Kasih Tuanku.”

Sementara itu, para peminat memuji Zii Jia yang dilihat kacak dengan memakai songkok.

Betul tu, memang nampak handsome!

Semoga Lee Zii Jia akan lebih bersemangat untuk berjuang dalam sukan badminton.

 

Sumber: Instagram Lee Zii Jia

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest