Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Dikatakan Bertudung Labuh Ikut Trend Neelofa, Ini Komen Anim Ezati

Setuju dengan apa yang Anim cakap ni

Published

on

Jika diintai di Instagram pengacara Anim Ezati, penampilan terkini kelihatan lebih ayu dengan tudung yang semakin dilabuhkan.

Pada 15 November 2020, Anim telah memuat naik satu perkongsian tentang isu bertudung labuh yang ada dipersoalkan sesetengah pihak.

Melalui caption, Anim turut menyatakan contoh perbandingan dengan selebriti popular Neelofa:-

“Mula rimas bila orang persoalkan wanita2 yang mula memakai tudung lepas paras dada, mula menjaga aurat… “alah, tu semua sebab Lofa dah pakai purdah. Trend lah tu. nanti singkat balik” . Pada Anim, kebenarannya di sini, beliau mungkin membuka mata kita, beliau yang cantik, kaya, pandai, ada niat untuk menjadi lebih baik.. mengapa tidak kita? Mengalir pahala dia kerana menjadi asbab wanita2 mula sedar. Sekadar bertanya, yang mengata apa dapatnya?”

Pengacara itu memuji tidakan Neelofa yang terus-menerus memberi inspirasi untuk wanita lebih berpakaian dengan baik.

Selain itu, Anim berkongsi pengalamannya sendiri dalam perkara ini:-

“Pengalaman Anim sendiri, 2018 mula bertudung. Kena tolak macam2 job yang tak sesuai untuk muslimah. Followers mula berkurang. Ramai yg kutuk acah2 baik sebab banyak update tentang Islam, dan Al-Quran. Mereka mula berasa, kita bukan lagi “penyeri” . Ni antara yang kita perlu lalui, bila mana kita decide untuk menjadi lebih baik. Dugaan, cabaran.. Masa ni Allah je yg nak dengar luahan hati kita. Di saat ini lah yang paling getir, sama ada kita kuat untuk melawan nafsu dan amarah, atau kita lemah.. lalu kembali ke jalan maksiat.

Hampir nak “give up” ! Tapi betullah org kata, jangan putus doa. Anim selalu doa , Ya Allah.. jangan kau kembalikan aku dalam kemaksiatan yang pernah Kau selamatkan aku. Mula lah episod, “Aku ingin perbetulkan hubungan aku dengan Allah”

Perkongsian dari Anim ini menceritakan tentang struggle dirinya untuk terus bertahan dengan pandangan orang luar yang cepat menghukum.

Namun mujurlah Anim masih kuat dan melawan.

Semoga terus istiqamah ye Anim!

 

Sumber: Instagram Anim Ezati

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest