Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

Dikatakan Terlalu Seksi Dan Tidak Bermaruah, Sasha Aziz Sebenarnya Dalam Diam Belajar Mengaji

Semoga istiqamah dan dipermudahkan

Published

on

Usahawan, Sasha Aziz popular dalam kalangan wanita yang mengikuti perjalanannya sehinggalah kini sudah bergelar seorang ibu.

Namun, antara yang menjadi perhatian juga adalah cara pemakaiannya yang dikatakan terlalu seksi.

Pada 25 Januari 2021, Sasha telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut perkongsian itu, Sasha memberitahu mengenai tanggapan yang selalu diperkatakan tentangnya:-

“They said i’m too sexy,
im too wild.

They said i don’t have maruah,
i tak malu.

They said i will masuk neraka.
They said suami i masuk ke neraka.
They said kesian mak bapak ade anak mcmni.

They said this they said that.”

Namun Sasha berkata, ramai yang tidak tahu akan usahanya dalam langkah untuk lebih dekat dengan agama.

Beliau tahu bahawa urusan di akhirat nanti bukan manusia yang menentukannya:-

“Me reciting quran almost everyday since september 8th.

I learned that ‘Hanya dia yang boleh masukkan kiter ke syurga ataupun neraka dan bukan manusia yang tentukan’

Being too sexy doesn’t mean you can’t do good things.

Being too sexy doesn’t mean you are wild forever.

Being too sexy doesn’t mean you are worse than others.”

Mengingat kembali peringatan ibu bapanya tentang solat dan mengaji, Sasha mengakui pada awalnya beliau tidak terlalu menghiraukan perkara itu:-

“Mak ayah sha always pesan ‘adik jagalah solat jagalah quran’.

But i xpernah pulak pikir kenapa.
Tak pernah terasa pun nk buat.
Sampai satu tahap pikir macam kenapa pulak nk kena ngaji solat?Berat je setiap kali nk buat.
Jujur ni.”

Bagaimanapun pada suatu pagi, satu perasaan berbeza hadir dalam dirinya yang membuatkan beliau merasa untuk mengaji:-

“Here my story.
I sat by myself dekat rumah pagi tu.
Hati tiber2 sayu sgt2 nk mengaji.

I terus messages my mum i ingat lagi.
I said ‘ibu adik nak belajar mengaji ni adik nk pgl org dtg umah ajar’”

Sasha memberitahu, beliau sedang menuntut ilmu agama dengan seorang ustaz dan bersyukur akan pengajaran yang diperolehnya:-

“Until today hampir setiap hari.
I met this ustaz too Ya allah mcm bersyukur sgt jumpe dia everytime he ceramah i feel so excited cause the way dia sampaikan message tu best and tak bosan😅”

Selain itu, Sasha juga berkongsi supaya perkara sama boleh dilakukan mereka yang ingin belajar mendalami agama sepertinya:-

“i dunno why im telling you girls this.
But i believe satu benda ni.
Nk buat kebaikan kenalah ajak ramai ramai buat kebaikan kan?

Incase kalau awak rasa nk ngaji tapi still merangkak and tak lancar carilah cikgu yang boleh mengajar awak.

With me u know i won’t judge you.
With me you know i won’t say or talk about someone else.

I love to share.
I love to give.

Incase you need ustaz let me know k?”

Semoga niat Sasha untuk mempelajari agama ini dalam keadaan istiqamah dan dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Sasha Aziz

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest