Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Surat Yang Ditulis Sebelum Tinggalkan Bumi Pada 2007

Hebat angkasawan pertama negara kita!

Published

on

Masih teringat detik bersejarah saat angkasawan pertama negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke International Space Station (ISS) menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

Waktu itu nama beliau cukup dikenali di Malaysia dengan pencapaian yang sangat membanggakan.

Pada 18 November 2020, Dr Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu hantaran yang menunjukkan surat yang pernah ditulis beliau kepada ibu bapanya sebelum meninggalkan bumi pada 2007.

Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa surat tersebut ditemui oleh anak saudaranya bernama Sheikh Aiman.

Melalui caption pada perkongsian itu, beliau ada menyatakan hadir perasaan yang bercampur baur sebelum berlepas ke ISS:-

“I had mixed emotions back then – thrilled , excitement , scared , sense of loss all in one.
I knew the risk was high and anything could happen
Was it really necessary taking all these risk leaving
your loved ones behind?
I trust my faith to Allah and no one else.
Its all written our destiny.”

Namun semuanya baik-baik saja sehingga beliau selamat kembali ke bumi.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau ingin berkongsi dengan semua perjalanannya ke angkasa yang telah merubah perspektifnya dalam kehidupan.

 

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest