Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Ebit Lew Ziarah Penulis Lirik Isabella, Bob Lokman Yang Menghidapi Sakit Jantung Kronik

Semoga kesihatan semakin baik

Published

on

Pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman kini menghidap sakit jantung yang kronik.

Bengkak pada jantung membuatkan denyutannya menjadi tidak stabil.

Malah penulis lirik lagu popular Isabella nyanyian Amy (Search) itu menyatakan mati boleh menjemput dirinya pada bila-bila masa.

Prihatin akan situasi tersebut, penceramah motivasi terkenal iaitu Ebit Lew telah memuat naik satu perkongsian di Instagramnya pada 29 November 2020 yang menunjukkan dirinya telah menziarahi Bob Lokman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Berdasarkan caption, Ebit ada menulis kata-kata yang ingin Bob sampaikan kepada semua:-

“Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.”

Sakit jantung yang dihidapi Bob memang memerlukan kos perubatan yang tinggi.

Oleh itu, beliau menghargai mereka yang menunjukkan keprihatinan di saat dirinya menghadapi waktu sukar ini.

Selain itu, Ebit juga menyatakan kata-kata positif kepada Bob:-

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat”

Tindakan yang baik dari Ebit Lew ini menunjukkan kecaknaan beliau kepada Bob yang sedang menghadapi waktu sukar.

Kami di Hot FM mendoakan semoga kesihatan Bob Lokman akan semakin baik.

 

Sumber: Instagram Ebit Lew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest