Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

Foto TMJ Sekeluarga Berada Di Muar, Johor Buat Rakyat Rindu Kampung Halaman

Gambar-gambar TMJ berada di Muar berjaya tarik perhatian ramai..

Published

on

Setakat 8 Mac 2021, Malaysia masih lagi melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri.

Garis panduan yang ditetapkan juga tidak membenarkan orang ramai untuk merentas negeri, bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah memberi kelonggaran untuk orang ramai merentas daerah namun perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuat naik beberapa foto menerusi laman Instagram Story miliknya.

Foto-foto tersebut jelas memaparkan TMJ dan isteri YM Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta anak-anak mereka berada di Muar, Johor.





TMJ dan Che Puan Khaleeda turut berkongsi foto-foto berkenaan di laman sosial masing-masing untuk tatapan ramai.

Ternyata ramai pengikut mereka berasal dari daerah berkenaan sekaligus menyuarakan rasa rindu terhadap kampung halaman.


Semoga Malaysia cepat pulih daripada wabak ini dan sama-sama kita dapat pulang ke kampung halaman masing-masing..

 

Sumber foto: Instagram Tunku Mahkota Johor & YM Che Puan Khaleeda

Baca artikel berkaitan:-

CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ

Muat Naik Foto Makeup Semulajadi, Kecantikan CP Khaleeda Ini Dipuji Ramai

TMJ Bakal Timang Anak Ke-4, Instagram CP Khaleeda Dihujani Ucapan Tahniah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest