Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Gadis Ini Kongsikan Hebatnya Wanita Yang Boleh Bertahan Dengan Senggugut

Setuju!

Published

on

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Ia dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid dan kesakitannya sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.

Namun, tidak semua wanita mengalami masalah senggugut dan tahap kesakitan yang dialami seseorang adalah berbeza.

Pada 30 Oktober 2020, pemilik akaun @Natashanrmn telah memuat naik satu ciapan di Twitter berkaitan senggugut berserta dengan caption:

“Girls who can deal with cramps without taking pain killers should be feared by everyone”

Melalui ciapan itu, dia turut berkongsi pengalaman sendiri ketika mengalami senggugut.

Ada juga pemilik akaun Twitter yang berkongsi petua mereka untuk menghilangkan rasa sakit ketika senggugut.

Terdapat pula pemilik akaun ini yang sudah merasai pengalaman melahirkan anak, berkongsi perbezaan kedua-dua jenis kesakitan berkenaan.

Ramai yang memberi reaksi kepada ciapan tersebut adalah golongan wanita kerana merekalah yang merasai pengalaman tersebut.

Tetapi, kalau sampai tahap yang sangat teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Mana tahu jika terdapat masalah lain yang tidak dijangka.

Apa pun, setiap wanita mesti ada cara tersendiri untuk mengatasi senggugut, kan?

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest