Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

“Jangan Mandi, Lapor Dalam Masa 24 Jam!” Ambil Perhatian, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Dirogol

Jangan takut!

Published

on

Susulan penahanan seorang pendakwah bebas baru-baru ini atas beberapa tuduhan merogol dan meliwat, media sosial kita digemparkan dengan pelbagai isu sosial berkaitan sehingga menimbulkan perbalahan di antara masyarakat kerana isu berkenaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu ciapan daripada seorang pengguna di Twitter yang berkongsikan mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa jika mereka baru dirogol atau pun diliwat.

Menerusi perkongsian oleh @syamimi_syahirah berkenaan, beliau memberitahu kepada mangsa rogol untuk membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam TANPA membasuh diri ataupun mandi kerana bukti yang ada di badan selepas dirogol boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.

Image

“Kita undang2 di Malaysia semua berdasarkan bukti. Walau benar dirogol, tapi bukti tidak menyebelahi, maka memang takkan sabit hukuman bawah seksyen 376 sebab kena ada bukti penetration (memasukkan zakar ke dalam kemaluan) berlaku.”

Tiada siapa yang minta dirogol kerana perkara terkutuk itu melibatkan soal maruah, harga diri dan juga kesihatan mental. Pasti kita tidak mahu perkara sebegitu berlaku kepada kita mahupun keluarga dan rakan-rakan.

Dalam pada itu, perkongsian oleh @syamimi_syahirah berkenaan turut berkongsi langkah seterus perlu diambil antaranya :

  1. Jangan tunggu lebih dari 48 Jam

  2. Jangan mandi

  3. Jangan tukar pakaian

  4. Jangan makan dan minum

  5. Jangan gosok gigi

Image

Selain itu, ada juga yang berpesan supaya tinggalkan cap jari atau fingerprint di badan dan baju suspek supaya mangsa rogol juga boleh meninggalkan bukti di badan suspek.

Demikian perkongsian yang sangat berguna dari seorang individu di Instagram.

Diharapkan kita semua mengambil apa yang dikongsikan sebagai ilmu baharu dan sentiasa peka dengan sekeliling, juga pesan kepada ahli keluarga tidak kira perempuan atau lelaki sebagai langkah berjaga-jaga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest