Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Jangan Panik PKP 2.0, Ini Langkah Berjaga Yang Anda Perlu Lakukan

Kalau kena kuarantin, jangan degil keluar rumah…

Published

on

Baru-baru ini, disebabkan peningkatan jumlah kes baru Covid 19. Ramai netizen yang takut dan panik. Mereka juga menyuarakan pendapat mereka di media sosial seperti Twitter sehingga PKP 2.0 atau MCO 2.0 menjadi trending.

Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan peningkatan kes ini disebabkan beberapa pihak yang tidak bertanggung jawab yang tidak mengikut jarak sosial dan sebagainya yang menyebabkan banyak kes kluster baru terjadi.

Disebabkan ramai pihak yang tertekan dengan keadaan ini, sebaiknya kita saling mengingati tentang langkah berjaga-jaga tidak kira sama ada dalam kalangan keluarga, rakan, saudara-mara, rakan kerja dan lain-lain.

ELAK TEMPAT PUBLIK

Anda semua dinasihati supaya tidak pergi ke tempat awam. Sebaiknya, jika anda terpaksa pergi seperti kenduri, atau sebarang majlis yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Elakkan untuk berada di kawasan itu dalam masa yang lama. 

KUARANTIN JIKA BALIK DARI KAWASAN ADA KES

Selain itu, bagi anda yang baru pulang dari bercuti atau dari kawasan yang mempunyai kes berisiko Covid 19. Anda wajib untuk mempunyai rasa tanggungjawab dengan kuarantin di rumah selama 14 hari. Walaupun anda telah melakukan pemeriksaan swab test dengan keputusan negatif. Anda perlu kuarantin di rumah. 

KERAP MANDI DAN CUCI TANGAN

Di samping itu, setiap kali anda berada diluar pastikan diri anda kerap mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer. Selain dari itu, setelah anda pulang ke rumah, pastikan anda terus mandi dengan bersih dan tukar baju. Anda juga boleh mempraktikkan hal ini semasa anda bercuti di luar negeri.

JAGA JARAK SOSIAL

Pastikan anda sentiasa menjaga jarak sosial satu meter dimana saja anda berada dan menggunakan topeng muka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. 

Sekiranya kita mempunyai kesedaran dan disiplin dalam mengikut segala arahan bagi mengelakkan jangkitan terus berlaku. Mungkin jumlah kes akan semakin berkurang dan rantaian Covid 19 akan putus. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest