Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Jenis-Jenis Mask Yang Anda Perlu Tahu!

Penting ni..

Published

on

“Mana nak cari mask ni.. semua kedai habis! Takkan nak kena tutup pakai kain je? Senang cerita tak payah pakai jelah”

Aikk, jangan give up! Dalam musim banyak virus dan penyakit yang merebak, sangat penting untuk kita jaga kesihatan dan keselamatan diri kita ya! Tak kisah berapa banyak pun kita perlu spend sebab duit kita boleh cari dan ganti, tapi kesihatan dan nyawa tiada gantinya. Sekarang ini sangat penting untuk kita jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan dan pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum menyentuh muka. Ini beberapa jenis dan perbezaan mask yang anda perlu tahu sebelum membelinya:

SURGICAL MASK

Surgical mask paling senang kita jumpa di farmasi atau drugstore. Ia mudah di pakai, selesa, tidak ketat dan harganya mampu milik jadi kebanyakan orang lebih prefer beli dan pakai surgical mask bila keluar rumah. Filter layer surgical mask ada tiga dan ia bertindak sebagai penghalang untuk ‘menangkap’ bakteria jahat. Tetapi lubang filter tidaklah terlalu nipis supaya mudah particles udara dapat tembus ke dalam untuk kita bernafas jika memakainya. Buat masa ini, walaupun COVID-19 dikatakan tidak disebarkan airborne tetapi kita disarankan untuk memakai surgical mask berbanding mask yang lain untuk more protection. 

N95 MASK

Kebiasaannya orang ramai akan pakai N95  semasa musim jerebu walaupun ia agak susah untuk kita bernafas jika memakainya. Filter N95 mampu mencegah particles bersaiz lebih kurang 0.3 microns untuk tembus ke bahagian dalam sebanyak 95%. Tetapi, untuk COVID-19, N95 sangat tidak digalakkan untuk pakai sebab particles wabak itu bersaiz lebih kecil daripada 0.3 microns.

PAPER MASK


Paper mask sangat mudah kita jumpa! Ia berbeza dengan surgical mask sebab selalunya ia berwarna putih di bahagian dalam dan luarnya. Tapi sebenarnya ia paling tak sesuai untuk kita pakai buat masa ini sebab ia sangat nipis dan mudah koyak. Paper mask tak ada filter untuk halang particles dari masuk ke dalan ruang pernafasan kita.

PITTA MASK


Pitta mask selalu digunakan oleh oppa K-Idol kita kalau mereka nak pergi tour di lapangan terbang! Ia nampak lebih cool and style kalau kita pakai.. tapi sebenarnya ia tak sesuai dipakai ketika ini. Pitta mask agak tebal dan ia akan buat kita rasa lemas dan tidak selesa sebab kesukaran untuk bernafas. Ia selalunya digunakan untuk filter out habuk dan debu.

FACIAL MASK

Facial mask paling istimewa! Sebab ia akan buat kulit kita lebih lembap dan kekal cantik! Bukan itu sahaja, ia juga akan buat kita nampak lebih bermaya dan kurangkan kusam di muka. TAPI  ia bukan untuk dipakai untuk menghalang particles jahat masuk ke dalam badan kita! Bila kawan tanya ‘eh kenapa kau tak pakai mask?’ ingat ya, bukan pakai facial mask mereka maksudkan! Kita kena jaga kesihatan diri kita sama penting dengan kecantikan diri! Kalau nak keluar rumah pakai surgical mask, dekat rumah baru boleh pakai facial mask okay?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest