Inspirasi
Jumpa Staf Sendiri Jadi Penghantar Makanan, Hafiz Mahamad Hulur Duit Suruh Pulang Ke Rumah
Hebatnya dapat korbankan masa demi melihat keluarga dapat hidup dengan lebih selesa
Keperluan untuk berbelanja lebih tinggi mungkin mendorong seseorang untuk melakukan kerja lebih daripada satu.
Perkara itu dilihat sebagai satu perkara yang bagus kerana usaha yang keras dilakukan demi mendapat rezeki lebih.
Pada 18 Mac 2021, usahawan Hafiz Mahamad telah membuat satu perkongsian di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Video itu menceritakan tentang Hafiz yang tanpa sengaja telah bertemu dengan stafnya yang membuat kerja sampingan dengan menjadi penghantar makanan.
Melalui caption:-
“Terserempak staff buat rider grab
Petang lepas habis kerja harini, sebelum balik rumah saya pergi singgah makan. Tengah makan, saya ternampak dkt kaunter staff saya dengan pakai baju hujan hijau tengah order
Saya panggil dia & ajak makan sekali. Mula mula tktau dia buat grab, tapi bila jengah luar kedai nampak motor dia & beg grab”
Hafiz merasa tidak sampai hati melihat keadaan stafnya yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja sehari.
Ini kerana beliau merasakan lebih baik jika masa tersebut diluangkan bersama keluarga di rumah.
“Sayu hati Demi Allah, geleng kepala saya. Tak sampai hati saya tengok staff saya lepas habis kerja sambung lagi buat grab. Saya nak mereka semua ada masa dengan anak/family selepas kerja
Rasa lemah sangat & sebenarnya hari hari saya doa dekat Allah. Cukupkan rezeki team team saya, sihatkan tubuh badan mereka & limpahkan rezeki @ainaabeautyofficial”
Hafiz berkata, dia sentiasa menjaga kebajikan stafnya dan dalam masa yang sama memuji sikap mereka yang sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan.
“Kebajikan mereka saya sentiasa usaha & jaga. Gaji mereka Alhamdulilah saya jaga sentiasa, ada yg saya naikkan & ada juga saya bantu diam diam, bayarkan sewa rumah/makan minum
Saya buat semua tu, sebab saya nak mereka bahagia, cukup makan minum & selepas kerja ada masa dengan family
Saya faham sangat situasi mereka, ekonomi sekarang bayar itu ini sekejap je habis Ya Allah tapi saya puji sikap mereka sentiasa kuat cari rezeki”
Dalam pada itu, Hafiz sempat menghulurkan sedikit wang dan makanan untuk dibawa pulang oleh stafnya, dengan harapan beliau dapat terus balik ke rumah bertemu dengan keluarganya.
“Syukur sangat harini, Allah nampakkan keadaan staff saya untuk saya bantu. Ada sikit duit saya bg tadi supaya dia dpt balik terus & ada belikan makanan untuk wife dia sekali”
Hebatnya staf kepada Hafiz Mahamad ni yang terus berusaha untuk mencari rezeki tambahan.
Hafiz juga dilihat sebagai seorang majikan yang prihatin dengan memberi bantuan kepada pekerjanya itu.
Semoga urusan mereka berdua ini sentiasa dipermudahkan.
Baca artikel berkaitan: “Demi Allah Datang Jumpa Customer” Hafiz Mahamad Akui Terkejut, Janji Untuk Bantu Kos Rawatan Hospital
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya