Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Kasih Yang Tiada Ganti, Najib Razak Akui Tiada Yang Menyayangi Diri Melebihi Seorang Ibu

Al-Fatihah..

Published

on

Umum kita ketahui, ibu kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Tun Rahah Mohamad Noah, telah meninggal dunia pada 18 Disember 2020.

Berita duka itu telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana latar belakang Allahyarhamah yang juga balu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak bin Hussein.

Pada 27 Disember 2020, Najib telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Melalui perkongsian itu, beliau menulis:-

“Di pusara bonda. Sebenarnya, tidak ada sesiapa yang lebih sayang kita daripada ibu.

Kasih seorang ibu tidak ada gantinya.

Al-Fatihah untuk arwah bonda.”

Sebagai seorang anak, pemergian seorang ibu pastinya meninggalkan satu rasa kehilangan yang sangat besar.

Perkara sama turut dirasai beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan bondanya.

Walaupun di usia 67 tahun, rasa kehilangan seorang ibu tetap memberi kesedihan buat beliau.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Semoga Dato’ Sri Najib terus kuat walaupun tanpa kehadiran bondanya di sisi lagi.

 

Sumber: Instagram Dato’ Sri Najib Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest