Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Kelebihan dan Berapa Banyak Air Masak Yang Perlu Korang Minum Sehari

Lepas ini bolehlah minum ikut jumlah air diperlukan sahaja…

Published

on

Air merupakan sumber yang penting dalam setiap aspek kehidupan yang diperlukan.

Di antara makanan dan minuman, badan manusia sebenarnya memerlukan air lebih daripada makanan.

Jadi, kali ini jom ambil tahu beberapa kelebihan minum air masak dan berapa jumlah mililiter (ml) yang diperlukan untuk badan anda.

KURANG RASA LAPAR

Minum air yang mengikut jumlah yang diperlukan badan, semestinya akan membantu badan anda kurang rasa lapar. Oleh sebab itu, jika anda minum air yang cukup dalam sehari mengikut keperluan badan. Sudah pasti, anda tidak akan mempunyai nafsu untuk makan dengan banyak. Memang sesuai untuk yang sedang berdiet!

SISTEM TUBUH BADAN

Selain itu, dengan minum air masak yang cukup. Sistem badan anda juga akan berjalan dengan lancar. Lebih lagi, sistem pencernaan badan anda. Buah pinggang anda juga akan mendapat bekalan air yang cukup untuk bakar lemak dan atasi masalah sembelit dan buasir.

BADAN TIDAK HIDRAT

Di samping itu, badan anda juga tidak akan mengalami dehidrasi kerana mendapat air yang cukup. Badan juga akan jadi lebih segar dan sihat jika anda minum air masak yang secukupnya.

KULIT YANG SIHAT 

Akhir sekali, kelebihan yang akan anda dapat jika minum air yang secukupnya juga adalah kulit anda akan lebih sihat dan tidak akan berkedut dengan cepat kerana air akan membantu melembapkan kulit anda dari dalaman.

JUMLAH KIRAAN AIR DIPERLUKAN

Pengiraan jumlah air yang diperlukan oleh badan anda setiap hari boleh dikira mengikut setiap unit 40 = (40 X berat badan dalam kilogram) + 500 ml. Sebagai contoh pengiraannya adalah:

Berat badan= 55 kg

(40 X 55 kg) + 500 = 2700 ml

Jadi, jumlah yang diperlukan untuk anda dengan berat badan 55 kg adalah 2700 ml.

Selepas ini, tidak ada masalah untuk anda yang keliru dengan jumlah air yang diperlukan badan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest