Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Kesan Buruk Tidur Lambat, Jaga-Jaga Gais!

Patutla..

Published

on

Zaman sekarang, orang muda seperti mostly jarang ada yang suka masuk tidur awal atau tidur sebelum pukul 11 malam.

Walaupun ada yang tidur awal tapi rata-ratanya waktu paling awal tidur sekarang ini pun adalah pada pukul 10 malam dan paling lewat, ada yang tidur pukul 4 pagi tau! Ish ish!

Tahu atau tidak, untuk anda yang masih bersekolah ini sebenarnya akan dapat banyak kesan yang buruk dari tidur lambat.  Jom tengok kesan buruk apa yang mungkin dihadapi nanti. 

PERTUMBUHAN TERBANTUT

Untuk pengetahuan, tidur yang cukup akan membantu pertumbuhan dengan lebih baik. Walaupun faktor genetik memainkan peranan utama dalam pertumbuhan badan tetapi jika anda  sendiri selalu tidur lambat, alamatnya pertumbuhan pun boleh jadi terbantut tau! Lebih baik berjaga-jaga! Jangan nanti kawan-kawan semua tinggi sebab tidur awal tiba-tiba anda seorang sahaja yang kecil molek.. Alamak!

BANYAK PENYAKIT

Selain dari itu, orang yang tidur lambat ini selalunya mereka tidak akan cukup tidur. Jadi, bila tidak cukup tidur, kesan yang akan dapat adalah banyak penyakit. Walaupun sekarang anda sihat tapi kalau amalkan gaya hidup tidur lewat ini, percaya atau tidak suatu hari nanti anda akan dapat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain. 

KULIT TIDAK SIHAT

Seterusnya, kulit pun akan jadi tidak sihat sebab jika badan tidak cukup rehat, automatik kulit muka pun tidak cukup rehat dan itu akan menyebabkan kulit kering, boleh berjerawat dan boleh jadi lebih teruk.

MATA PANDA

Dan yang pasti mata akan kelihatan seperti panda. Hitam sahaja di sekeliling mata, dan kalau anda nak tahu nak hilangkan mata panda ini memang ambil masa tau. Jadi, elakkanlah tidur lambat ya. Nanti, kalau pergi sekolah, crush lari pula. Lagi susah nak kawan dengan si dia nanti! Terkejut crush tengok mata kita macam panda..

PENUAAN 

Tidur lambat juga akan menyebabkan penuaan lebih cepat terjadi kepada diri anda. Bukan sebab anda nampak matured atau apa. Akan tetapi muka anda akan ada wrinkle dan garis-garis halus di bahagian mata dan mulut. 

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah ubah gaya tidur kepada waktu yang lebih awal. Kalau susah nak tidur awal, cuba juga belajar perlahan-lahan. Elakkan jumpa kawan selepas pukul 9 malam dan jangan pegang telefon selepas 10 malam.

Pastikan juga, anda tidur cukup dalam satu hari, sekurangnya satu hari tujuh ke lapan jam. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest