Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Kongsi Video Pahit Manis Di Awal Perniagaannya, Hafiz Mahamad Buat Ramai Warganet Sebak

Semoga terus sukses!

Published

on

Selain dikenali sebagai usahawan kosmetik, pasangan suami isteri Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina juga dikenali sebagai pasangan yang suka membuat kejutan dan suka menolong mereka yang memerlukan.

Terbaharu, Hafiz memuat naik satu video tentang kisah permulaan jatuh bangun perniagaanya dari awal hingga kini sehingga mengundang perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Video yang dimuat naik itu turut disertakan dengan kapsyen panjang menyentuh hati :

“Abah kenal anak jantan Abah”

Selitkan inspirasi, cinta & berani dalam diri”. Ini pesanan abah saya, yg saya pegang sampai sekarang

Lihatlah video ini sampai habis dengan “hati”

Saat dihentak diawal dulu, saya simpan satu perkara. “Saya perlukan masa untuk mereka melihat 1 pencapaian”

Siang malam kami & team berjuang, ke sana ke sini hanya untuk “membuktikan” kita bukan pasukan yg main main. Bukan kemewahan, tapi kebahagiaan & itu lah kami @ainaabeautyofficial

“Bina sejarah baru, ini juga pesan abah”Kenapa?

Bismillah, 2021. Kami bina 1 lg impian dalam platform ni dgn tubuhnya @ainaaclinicofficial . Kenapa Ainaa Clinic?

Saya ada team & customer untuk mereka nampak “direction” & “dream”. Saya nk mereka nampak misi kita, bukan “harta” kita. Mereka menyokong & mendoakan. Mereka perlu nampak “Kejayaan Demi Kebahagiaan” dalam diri mereka

“Beri balik pada masyarakat”
Saya anak muda berusia 28 tahun yg sentiasa nak mendengar pesanan orang tua selagi mereka masih ada

Sekarang adalah tugas kami untuk terus “membuktikan & beri balik” pada masyarakat. Apa pun situasi, kita akan cuba beri manfaat pada ramai orang. InsyaAllah dengan izin Allah, semuanya akan baik

Apa yg saya & isteri usahakan, bukan untuk kami. Hebat & tinggi mana pun pencapaian, semuanya untuk team, customer & orang yg menyokong

Siapa yg dah follow kami lama, mereka faham & tahu perjuangan kami. Kami nak orang tersenyum melihat kami & mendoakan disaat kami berjuang

Mungkin ada yg terkejut melihat impian baru ini. Sejujurnya, ini lah benda pertama yg saya letakkan dalam hati, fikiran saya disaat saya bermula & dihentak

Saya perlukan doakan orang ramai, awak semua sahabat saya. Terus support, kerana apa yg awak akan nampak adalah semuanya tentang “Kejayaan Demi Kebahagiaan”

“Sahabatku Loh, aku bawa nama mu dalam perjuangan”

Berikan saya “comment” dkt bawah ni sebanyak yg mungkin untuk saya lebih semangat 🔥”

Menceritakan kisah jatuh bangun tentang perniagaan yang diusahakan, siapa sangka kini Hafiz dan Aina berjaya melebarkan sayap perniagaan dengan membuka Ainaa Clinic pula.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sebak melihat kejayaan mereka berdua.

Semoga perniagaan Hafiz dan Aina terus maju jaya!

Baca artikel sebelum ini : Kebajikan Staf Diutamakan, Hafiz Mahamad Boleh Dijadikan Majikan Contoh

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest