Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Mendapat Doa Daripada Orang Ramai, ‘YB Caprice’ Bakal Jejak Kaki Ke Al-Aqsa

Caprice juga terkenal dengan gelaran ‘YB Caprice’ sejak beliau semakin lantang bersuara dalam membela nasib mereka yang teraniaya

Published

on

Ramai yang menyuarakan hasrat untuk ke Palestin ketika negara itu sedang bergolak, dengan tujuan untuk membantu dan turut berjuang bersama saudara-saudara di sana.

Baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew telah memulakan perjalanannya ke Gaza, Palestin.

Pada 31 Mei 2021, penyanyi dan usahawan Caprice pula mengumumkan dirinya bakal ke Al-Aqsa.

Baca artikel berkaitan: Bukan Rekaan Yahudi, Caprice Tunjuk Bukti Gambar Sewaktu Kecil Bersama Rakan Isr4£l

Bismillah… road to AlAqsa patut capai di tahun 2040 tapi sudah di jemput bulan depan selepas lockdown 😭🤲🏻❤️ InsyaAllah. #rapatkansaf2040″

Berita baik itu dikongsikannya melalui Instagram beliau.

Katanya, beliau meletakkan target untuk ke Al-Aqsa pada tahun 2040.

Namun rezeki beliau datang lebih awal apabila dijangkakan ke sana pada bulan Jun 2021.

Sementara itu, ramai yang tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakannya.

Jika dilihat di ruangan komen, ada netizen yang memanggil beliau sebagai YB Caprice.

Apapun, semoga segala yang direncanakan akan berjalan lancar.

 

Sumber: Instagram Caprice

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest