Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Mengalami Was-Was Yang Teruk, Harris Annuar Pernah Persoalkan Kewujudan Tuhan

Banyaknya pengajaran yang dapat diperoleh daripada perkongsian Harris Annuar ini

Published

on

Was-was bermaksud percakapan dalam diri sendiri, seperti dibisikkan ke dalam diri insan perasaan berbolak-balik sama ada telah melakukan sesuatu atau belum melakukan sesuatu.

Perkara itu dilalui oleh pelakon Harris Annuar yang pernah membuatkan beliau mengalami tekanan sehingga 6 tahun.

Beliau berkongsi kisah itu melalui Instagram miliknya pada 10 Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Melalui caption:-

“Harris nak bunuh diri?

Harris nak keluar Islam?Walaupun panjang,tengok sampai habis,and aku jamin korang takkan rugi!which part paling goosebump?”

Video yang dimuat naik tersebut menerangkan situasi was-was teruk yang pernah dihadapi oleh Harris.

Ia telah menyebabkan beliau mengalami depresi sehingga mahu membunuh diri.

Perkara itu berterusan walaupun ketika beliau mengerjakan umrah buat kali pertama di usia 18 tahun.

Tersedar seketika daripada kekhilafan, bagaimanapun perkara itu semakin memburuk setelah Harris pulang ke Malaysia.

Beliau setelah itu mempersoalkan kewujudan Allah kerana perasaan was-was yang semakin teruk.

Namun begitu, Harris dipertemukan dengan seorang sahabat yang banyak membantunya mengatasi perkara berkenaan.

Pada saat beliau cenderung untuk membunuh diri, teman rapatnya itu yang memberi pencerahan dalam masalahnya.

Ibunya pula berikhtiar dengan menghantar Harris mengerjakan umrah setiap tahun.

Umrah kali keenamnya mempertemukan beliau dengan seorang ‘lelaki’ yang membuka mata hatinya.

Alhamdulillah selepas itu, masalah was-wasnya hilang.

Dalam pada itu, Harris menasihatkan orang ramai supaya melawan segala fikiran yang menjurus kepada rasa ragu-ragu.

Beliau mengingatkan:-

“Setiap kesulitan ada kemudahan.”

Selain itu, kehadiran sahabat baik juga sangat membantu untuk mengatasi perkara ini.

 

Baca artikel berkaitan: “Susah Ke Duduk Dekat Luar?” – Kak Ton Teruja Lihat Harris Annuar Di Luar Rumah

Sumber: Instagram Harris Annuar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest