Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Perkataan “Thats Mean” Tu Tak Ada Maksud Rupanya – Adibah Noor Sekolahkan Netizen Cara Guna Perkataan Bahasa Inggeris

Rupanya..

Published

on

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua buat rakyat Malaysia. Penggunaannya adalah meluas termasuklah dalam perbualan harian, untuk tujuan rasmi pekerjaan dan juga ketika berinteraksi di media sosial.

Pada 19 Oktober 2020, pelakon yang telah muncul dalam drama Kampung People 2 baru-baru ini iaitu Adibah Noor, memuat naik satu video berdurasi 59 saat di laman Twitter miliknya tentang pembetulan kepada penggunaan perkataan yang sering digunakan selama ni.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dan membuka mata sesetengah netizen bahawa perkataan “thats mean” yang dikira membawa maksud “itu maknanya” adalah satu kesalahan grammar.

Apa yang boleh kita faham daripada perkongsian beliau adalah:

  1. Perkataan “thats” adalah tidak wujud.
  2. Penggunaana ayat “that’s mean” pula bermaksud “itu adalah kejam.”
  3. “That means” barulah memberi maksud “itu maknanya.”

Haa, jadi sekarang baru la ramai lebih tahu perkataan Bahasa Inggeris sebenar kalau nak cakap “itu maknanya.”

Tak kisah la kalau selama ni salah guna perkataan pun, yang penting dapat belajar perkara baru dan betulkan penggunaan yang salah tu.

Pemilik akaun @r_janzal mencadangkan Adibah Noor untuk buat akaun TikTok, namun beliau yang juga merupakan bekas guru Bahasa Inggeris enggan, kerana risau terjebak pula dengan tarian melalui aplikasi itu.

Apa pun, terima kasih Adibah Noor atas perkongsian yang bermanfaat, thank you teacher!

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest