Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Permaisuri Agong Muat Naik Gambar Lama, Tersingkap Sebuah Cerita

Teringatku di masa lalu..

Published

on

Setiap individu dalam dunia ini pasti mempunyai kenangan manis bersama dengan orang yang tersayang yang diabadikan menerusi sebuah foto.

Perkara berkenaan turut berlaku kepada Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang baru-baru ini telah berkongsi sekeping gambar melalui laman Instagram miliknya.

Bukan hanya sekadar gambar biasa, malah ia telah menyingkap sebuah cerita yang ramai tidak tahu:-

“This picture was taken on Nov 14th 1984 after my late fathers installation as The 8th King of Malaysia,” tulisnya

Menurut Tuanku, baju yang dipakainya ketika itu telah dipakai semula oleh anak bongsunya Tunku Jihan ketika hari pertabalan suaminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai 2019.

“Never in my wildest dream then, would I have captioned this photo as “The King and a future Queen!” 

Tambah Tuanku lagi, ia sudah tertulis oleh yang maha Esa tentang keberadaannya ketika ini, selain bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kejelitaan Tuanku ketika itu sehingga kini, selain ada juga yang menyamakan kecantikan Tuanku sama seperti Princess Diana, iaitu isteri kepada Putera Charles.

 

Sumber daripada: Instagram airtangan_tunkuazizah 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest