Connect with us
Selamat Hari Raya

Inspirasi

“Puasa Kena Penuh” Kembali Ke Malaysia, Syed Saddiq Gembira Walaupun Kena Kuarantin

Makin lama makin dekat muka Syed Saddiq tu ya, katanya seronok dapat puasa dengan keluarga walaupun kena kuarantin.

Published

on

Semenjak kelibatnya tidak dilihat di Muar selepas melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dilihat sudah kembali ke tanah air.

Menurut posting terbaharunya di laman Instagram, Saddiq memaklumkan beliau sudah sampai di Malaysia pada 10 April yang lalu namun masih lagi dalam tempoh kuarantin kendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Seperti biasa, beliau sememangnya terkenal sebagai seorang ahli parlimen yang gemar membuat video bagi mendekatkan diri dengan rakyat.

Disebabkan itu, beliau telah memuat naik satu video pendek bagi melahirkan rasa syukurnya apabila dapat menyambut Ramadan di sini.

Lebih menarik lagi, beliau masih mengekalkan identiti dengan merakam video sambil mendekatkan wajahnya di kamera.

Nasib baik YB masih ingat cara buat video ya, lama tak tengok video rakaman dekat yang sebelum ini menjadi sebutan ramai.

Untuk maklumat lanjut, beliau juga telah mendermakan sebanyak RM50,000 termasuk gajinya selama sebulan bagi tujuan kebajikan bagi diagihkan kepada rakyatnya di Muar, Johor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Semoga semua usaha baik Syed Saddiq akan dipermudahkan selepas ini!

Sumber foto dan video: Instagram Syed Saddiq

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest