Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Ramah Bersembang, Petugas Kesihatan Cekap Dan Pantas Suntik Vaksin Kepada Farid Kamil

Memang cekap petugas kesihatan buat kerja sampaikan Farid pun relaks sahaja ketika disuntik dengan jarum

Published

on

Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan membuka permohonan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca untuk bilangan yang terhad.

Oleh itu, individu yang sempat memohonnya sudah mula menerima suntikan vaksin dos pertama sejak 5 Mei 2021.

Antara yang sempat mendaftar adalah golongan selebriti yang berkongsi perkara tersebut di media sosial.

Pada 10 Mei 2021, pelakon Diana Danielle telah berkongsi satu video di Instagram beliau yang menunjukkan suaminya Farid Kamil dalam proses menerima vaksin tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Baca artikel berkaitan: Terus Positif Walau Ditimpa Pelbagai Dugaan, Keletah Farid Kamil ‘Mengusik’ Diana Danielle Menarik Perhatian

Farid kelihatan ramah bersembang dengan para petugas kesihatan sehingga sempat memberitahu suntikan terakhirnya ketika masih kecil iaitu BCG.

Update on our vaccine experience with AZ – Video Farid ni i on audio lah. dia throwback zaman BCG pulak 😂

Ketika itu juga, seorang petugas kesihatan kelihatan cekap dan bersahaja menyuntik Farid sehingga ia kelihatan sangat smooth.

Sementara itu, Diana juga menjelaskan tentang keadaannya dan suami setelah mendapatkan suntikan AstraZeneca.

“Kami dapat ambil dos vaksin pertama pada pagi Sabtu lepas dan hanya dapat mild symptoms seperti lesu, demam & muscle pain tapi hanya pada malam Sabtu sehingga Ahad tengahari. After that alhamdulillah our bodies slowly felt energetic and normal again. Second dose is within 13 weeks, dan pada masa sekarang ni saya masih belum build immunity towards the virus sehingga dos kedua saya selesai. We still need to protect ourselves from getting infected until our doses complete. At least we are halfway insyaAllah.”

Beliau memberitahu bahawa mereka sedang menunggu suntikan kedua dalam masa 13 minggu.

Walaupun tempoh itu agak lama, tetapi setidak-tidaknya Diana dan Farid sudah mendapatkan suntikan pertama mereka.

 

Sumber: Instagram Diana Danielle

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest