Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Rezeki Tidak Kesampaian, Safawi Rasid Tetap Positif Kembali Ke Pangkuan Pasukan JDT

It’s okay Safawi!

Published

on

Untuk peminat bola sepak tempatan pasti sudah sedia maklum dengan kepulangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang sebelum ini bersama skuad utama Portimonense SC, kini telah kembali ke pangkuan pasukan (JDT) baru-baru ini.

Safawi di laman Instagram dilihat berkongsikan foto dirinya di tengah padang dengan kapsyen seperti memberitahu  beliau telah pulang untuk kembali bersama pasukan lama, JDT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29)

“More to come Insyaallah @officialjohor ❤️💙 #keepgoing”

Walaupun berdepan detik mengecewakan di bumi Portugal, Safawi dilihat tetap positif dan bersemangat membantu pasukan lamanya itu.

Nampaknya perkara itu tidak menjatuhkan semangat beliau untuk meneruskan kerjayanya, akan tetapi seperti biasa, netizen ataupun keyboard warrior pasti ada sahaja perkara yang mahu diperkatakan.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan menerima pelbagai kecaman terutama di media sosial selepas dia tidak diberi peluang untuk membuat penampilan bersama skuad utama Portimonense SC dalam Liga Primeira akan tetapi, rezeki tidak kesampaian.

Keadaan itu dianggap situasi mengecewakan buat Safawi yang sebelum ini sangat berharap tempoh pinjaman selama semusim bersama kelab Portugal itu dapat mengembangkan lagi kerjayanya di luar negara.

Kesudahannya, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan kembali bersama Harimau Selatan musim depan, sekali gus tidak melengkapkan tempoh pinjaman selama semusim bersama Portimonense.

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan bahawa nilai pasaran bintang muda Harimau Malaya, Safawi Rasid dijangka tidak akan terjejas walaupun dia tidak menghabiskan tempoh pinjaman selama semusim bersama Portimonense SC.

 

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest