Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Sama-Sama Peroleh Keputusan Cemerlang SPM Tahun 2012, Pasangan Ini Kini Suami Isteri

Itulah namanya jodoh..

Published

on

“Kalau dah jodoh tak ke mana,”

Itulah pepatah zaman dahulu yang membawa maksud pergilah jua beribu batu, kalau sudah tertulis atau ditetapkan jodoh,  bersua jua akhirnya dan sehingga ke jinjang pelamin juga hendaknya.

Perkara berkenaan berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Afif Nazmi di mana beliau berkongsi kisah dan pengalaman manisnya bersama isteri tercinta.

Mula perkenalan di bangku sekolah dan bersama-sama memperoleh keputusan cemerlang menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012, mereka kini sudah pum selamat bergelar suami isteri.

Ciapan serta foto yang di muat naik itu sehingga kini memperoleh lebih daripada 8,000 perkongsian selain reaksi daripada netizen.

Menurut pemuda tersebut, beliau tidak menjangkakan ciapan tersebut mampu meraih perhatian ramai selain berterima kasih atas doa dan ucapan yang disampaikan oleh orang ramai.

Just nak mintak doakan wife aku dipermudahkan masuk housemanship di HTAR bulan depan aminn,” tulisnya

Apa-apa pun masih belum terlambat juga untuk Hot FM ucapkan tahniah buat pasangan ini dan selamat maju jaya buat isteri tercinta!

 

Sumber daripada: Twitter Afif Nazmi Azmi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest