Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Sanggup Redah Banjir Untuk Melawat Kawasan, YDP Agong Memandu Sendiri Untuk Ke Destinasi

Daulat Tuanku!

Published

on

Keadaan banjir yang  sedang melanda negara hangat diperkatakan setelah banjir teruk melanda beberapa negeri.

Selain ramai mangsa yang terpaksa dipindahkan, ramai juga yang terkandas kerana banyak jalan yang tidak dapat dilalui akibat ditenggelami air.

Pada 5 Januari 2021, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi beberapa hantaran di Instagram baginda.

Baginda memberitahu tentang keberangkatan baginda bersama YDP Agong dan seorang puteranya ke Pahang untuk melawat kawasan banjir.

Terkesan dengan nasib rakyat, baginda memohon doa untuk keselamatan negara.

Selain itu, baginda berkongsi bahawa YDP Agong memandu sendiri untuk ke destinasi.

Dalam pada itu, baginda memberi nasihat kepada orang ramai:-

“Agong nasihat kepada semua rakyat Malaysia yang memandu , hati2 apabila meredah jalan yang di naiki air …. kerana arusnya juga laju.”

Semoga perjalanan baginda sekeluarga dipermudahkan dan terima kasih atas kecaknaan!

 

Baca artikel berkaitan: “Mata Pun Sama Warna!” – Raja Permaisuri Agong Akui Putera Ini Mirip Dengannya

Sumber: Instagram Raja Permaisuri Agong

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest