Connect with us
Selamat Hari Raya

Inspirasi

Sebagai Perantara Buat Yang Mencari Rezeki, Aliff Syukri Percaya Aturan Allah

Moga terus kuat

Published

on

Jutawan kosmetik terkemuka negara iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak terlepas daripada terpalit kisah-kisah yang menjejaskan ketenteraman hidupnya.

Menganggap itu sebagai dugaan, beliau pada 8 Disember 2020 telah memuat naik satu hantaran di Instagram menceritakan rasa hati yang dialami dalam menguruskan perniagaannya.

Menurut beliau, 2020 merupakan tahun yang paling mencabar sepanjang berada dalam dunia perniagaan:-

“Sepanjang hampir 12 tahun saya berniaga…Tahun 2020 adalah antara tahun yg mencabar……..sebelum sampai ke fasa ni saya telah melalui berbagai pengalaman bisnes,bukan semua bisnes saya berjaya,ada yg gagal,rugi duit jgn cakap la byk…tapi itu la perniagaan,ada masa berjaya ada masa tidak..risiko seorang peniaga”

Beliau mengakui, kejayaannya sekarang bukanlah datang dalam kemanisan sahaja, malah banyak cabaran yang sudah beliau tempuhi.

Tambahnya lagi:-

“Saya melalui macam2 dari awal tahun sehingga hujung tahun…….dari masalah rumah tangga sebelum ni,kes pekerja pecah amanah,pemergian pekerja yg sangat rapat kembali ke rahmatullah….dan bermacam2 lagi ujian saya lalui…sehingga ke hari ni saya sangat bersyukur mampu melalui hari2 yg mendatang…”

Bagaimanapun, beliau percaya segalanya adalah ujian dari Allah buat dirinya:-

“Sebab saya percaya dalam kehidupan ni tak semua suka kita,siapa juga dalam dunia ni yg tak pernah dikata orang…..saya percaya ujian Allah bagi pada saya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya…..mungkin juga menghapus dosa …..

saya hanya menumpang berniaga mencari rezeki…juga sebagai perantara mereka yg mencari rezeki yang Allah aturkan melalui saya….mudahan kita semua dapat memperbaiki apa yg kurang dan menjadi hamba yg baik dari hari kehari..walau seribu dugaan dan badai yang datang,saya tetap percaya Allah sentiasa mahu yg terbaik untuk saya..”

Perkongsian dari Aliff Syukri ini menunjukkan sesiapapun tidak terlepas daripada menerima dugaan.

Yang penting, jiwa kena kuat dan percaya bahawa dugaan yang datang pasti membawa hikmah tersendiri.

Semoga beliau terus kuat!

 

Baca artikel berkaitan: “Doakan Saya” Terlampau Kerja Keras, Datuk Seri Aliff Syukri ‘Berehat’ Di Hospital

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest