Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Seksaan Adik-Beradik, Hanya Anak Bongsu Sahaja Yang Faham

Air yang dicincang takkan putus..

Published

on

Untuk sesiapa yang ada adik-beradik lebih daripada dua orang, anda mesti tahu bagaimana kecohnya keadaan rumah sebab anak sulung, anak tengah dan anak bongsu semuanya ada perangai masing-masing yang kadang-kadang sampai boleh buat parents pening kepala, setuju tak? Dan bukan setakat itu sahaja, selalunya kalau anak pertama akan nampak seperti pemimpin, anak tengah selalunya akan buat hal sendiri dan bagaimana pula dengan anak bongsu? Hmm, mesti ramai yang ingat kehidupan anak bongsu ini selalu dimanjakan oleh parents tapi sebenarnya ada juga moment di mana mereka akan terseksa jiwanya sebab hal-hal ini! Seperti..

BELI & AMBIL BARANG

via GIPHY

Selalunya, bila tiba masa parents suruh pergi beli barang. Mesti abang atau kakak akan cuba ‘buat-buat busy’, betul tak? Waktu itulah mereka ada kerja, ada assignment dan sebagainya. Jadi, bila mak suruh mereka beli barang, mangsanya sudah pasti anak bongsu betul tak? Bertabahlah ya..

JEMUR KAIN

via GIPHY

Disebabkan, anak bongsu antara anak yang paling selalu berada di rumah. Mesti yang sudah biasa bantu mak untuk jemur kain dan angkat kain setuju tak? Jadi bila abang atau kakak balik rumah pun, adik bongsu juga yang akan diminta buat rutin itu seperti biasa sebab mereka akan lebih suka keluar dengan kawan-kawan. 

KEMAS RUMAH

via GIPHY

Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang disebabkan abang dan kakak jarang berada di rumah pun. Anak bongsu antara anak yang paling berguna sebab anak bongsu akan lebih suka tengok rumah bersih dan kemas sebab mereka adalah antara individu yang selalu duduk rumah. Jadi, daripada semak tengok rumah bersepah, anak bongsu sendiri yang akan kemas rumah itu. Betul tak? 

HARAPAN BELAJAR LAGI TINGGI

via GIPHY

Selain itu, disebabkan abang dan kakak anda selama ini sudah belajar pandai dan siap ada yang berjaya dalam kerjayanya. Anda yang anak bongsu ini pun antara orang yang paling diharapkan dalam keluarga untuk jadi lebih berjaya sebab anda akan dapat bantuan belajar dari abang dan kakak. Dan untuk pengetahuan semua, kebanyakan anak bongsu ini pun memang sangat rajin belajar dan pandai tau! Eh?

Mesti anda pelik seksaan apa tadi kan? Walaupun tak semua merasa buli dari kakak atau abang ini tapi mesti hanya anak bongsu sahaja yang faham, betul tak? Mungkin abang atau kakak anda sebenarnya sayang anda sangat-sangat sebab mereka dah lama jaga anda waktu anda kecil dan sebab itu mereka rasa sudah tiba masanya giliran untuk anda cuba buat semua hal itu.

Abang dan kakak luar sana pun kalau boleh, janganlah selalu suruh adik bongsu ya. Kesian tau mereka!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest