Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Terbaik Anak Muda Dengan Misi ‘Kutip Sampah Orang’

Syabas anak muda!

Published

on

Kesedaran tentang kepentingan kebersihan alam sekitar mesti dihayati oleh setiap individu.

Perkara ini perlu diberi penekanan di setiap peringkat umur ibarat pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’

Mengambil kira kepentingan kebersihan alam sekitar, pada 4 November 2020, pemilik akaun Twitter @lameymon telah berkongsi satu video tentang misinya bersama seorang lagi rakan untuk mengutip sampah yang dibuang merata-rata.

Menurut pemilik akaun itu atau nama sebenar Hazlami Zharif,  dia dan rakannya Muhammad Azalizan pada asalnya ingin mandi di air terjun. Namun melihat sampah yang banyak, mereka membuat keputusan untuk mengutip sampah tersebut.

Video yang dikongsi dengan durasi 1 minit itu menunjukkan mereka sangat ceria dengan misi berkenaan dan berniat untuk mendidik masyarakat melakukan perkara yang sama.

Dalam caption yang disertakan:-

To those yang tengok video and baca caption ni, please saya mohon mari la kita sama-sama jaga alam sekitar, lagi-lagi tempat riadah yang cantik-cantik macam ni. Together we can change the world

Syabas diucapkan buat dua orang anak muda ini atas inisiatif yang sangat hebat.

Semoga orang ramai juga boleh menjadikan ia sebagai contoh yang baik.

Ingat, jangan buang sampah merata-rata tau!

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest