Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Terima DM Dari Individu Mahu Peluk Islam, Perkongsian PU Azman Ini Sangat Menyentuh Hati

Alhamdulillah..

Published

on

Penceramah bebas, pengacara dan pelakon Malaysia iaitu Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman baru-baru ini telah berkongsikan perbualannya bersama seorang lelaki berbangsa cina yang telah menyatakan hasrat mahu memeluk islam melalui direct message di Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Menurut lelaki berkenaan, dia mengaku rela memeluk agama islam dan ingin PU Azman memberikan panduan dan tunjuk ajar bagaimana mahu menjadi seorang muslim.

Nampaknya perkongsian berkenaan menarik perhatian ramai warganet yang turut sama mendoakan agar beliau mendapat istiqomah dan dipermudahkan urusannya.

Meninjau di laman Instagram PU Azman, beliau turut berkongsi telah mengislamkan seorang lelaki yang beragama Buddha dan sangat terkesan dengan kejadian itu kerana Allah telah memberi ruang kepadanya untuk bertemu secara bersemuka dengan individu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

“Sebelum ini dia berkepercayaan Budha. Berasal dari Sarawak. Cik Man kenalnya melalui instagram. Dia DM menyatakan hasratnya.

Selain dia, ramai yang melafazkan syahadah melalui telefon kerana kekangan untuk kami bertemu.

Tapi Cik Man tetap mengikuti perkembangan mereka serta follow up dengan kemampuan yang ada.

Cuma yang sangat indah dengan video ini ialah, inilah suasana paling terkesan di hati cik man kerana Allah memberi ruang untuk bertemu secara bersemuka.

Nampak kesungguhannya untuk kembali. Dia sebagai Muslim, bukanlah dia masuk ke agama baru. Tetapi dia kembali kepada fitrah asalnya.

Bukankah Nabi bersabda,

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ،

Maksud :”Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi”. (Bukhari).

Doakan untuk dia dan kita semua.”

Alhamdullilah, doa kami turut dipanjangkan buat saudara baharu itu dan juga kepada PU Azman <3

 

Sumber : Instagram PU Azman

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest