Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Terpisah Dengan Putera-Putera Kerana Patuh SOP, Rakyat Puji Raja Permaisuri Agong Tunjuk Teladan Baik

Raja Permaisuri Agong pun melakukan panggilan video untuk mengubat rindu kepada putera-putera baginda

Published

on

Seperti sedia maklum, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 13 Mei 2021 yang lalu agak suram kerana ramai yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga tercinta.

Namun ia adalah tindakan terbaik untuk mengelakkan penularan COVID-19.

Perkara itu tidak terkecuali untuk kerabat diraja ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by House of Pahang (@houseofpahang)

Baca artikel berkaitan: Kongsi 4 Makanan Kegemaran Tengku Ahmad, Ramai ‘Cuba Nasib’ Mahu Jadi Menantu Permaisuri Agong!

Video yang dimuat naik pada 16 Mei 2021 itu menunjukkan KDYMM Raja Permaisuri Agong yang dilihat sedang membuat panggilan video dengan putera-puteranya yang berada di Pahang.

“Sudah masuk hari Raya ke 4, betapa ramainya para ibu dan ayah, tidak dapat bertemu dengan insan-insan tersayang.

Semua itu dikorbankan demi kemaslahatan yang lebih besar untuk memastikan negara ini selamat dan kekal sejahtera.

Tidak terkecuali KDYMM Raja Permaisuri Agong. Rindu pada putera-putera kesayangan diubat dengan panggilan video.”

Bagaimanapun, mujurlah dengan perkembangan teknologi yang ada kini, ia dapat mengubat rindu kerana berjauhan dengan orang tersayang.

“Teknologi merapatkan yang jauh, tetapi rindu kasih antara seorang ibu dan anak-anaknya tetap tidak berganti sehingga dapat ketemu nanti.

Terus patuhi SOP sedia ada. Dalam mematuhi SOP ini, Raja dan rakyat berpisah tiada.

#houseofpahang#pahang#permaisurikita”

Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian rakyat yang memuji tindakan kerabat diraja yang patuh dengan arahan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semoga tidak lama lagi setiap ahli keluarga saling dapat bertemu setelah kes COVID-19 semakin membaik.

 

Sumber: Instagram House of Pahang

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest