Connect with us
Hot FM

Inspirasi

Tidak Lupa Kewajipan Walaupun Sibuk Berlatih, Skuad Harimau Malaya Mendapat Pujian Ramai

Pasukan Harimau Malaya dipuji ramai kerana menjaga solat walaupun sibuk berlatih di padang

Published

on

Skuad bola sepak kebangsaan kini sedang bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Oleh itu, persiapan rapi diperlukan setelah Harimau Malaya tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pasukan itu digesa untuk bangun dan terus ‘mengaum’ untuk memperoleh kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Namun dalam sibuk berlatih, pemain pasukan tersebut yang beragama Islam tetap menjaga kewajipan mereka menunaikan solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHORDTFC Supporters❤️💙 (@jdtfootballclub)

Baca artikel berkaitan: Kecewa Harimau Malaya Kalah Kepada UAE, Ramai Sokong Pandangan Fizz Fairuz

“Walaupun sedang sibuk berlatih, namun para pemain dan kejurulatihan Malaysia tidak lupa untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai seorang muslim di sana. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk baki 2 perlawanan ini🤲🏻
#harimaumalaya”

Melalui satu video yang dikongsikan oleh akaun Instagram JOHORDTFC Supporters, para pemain menunaikan solat secara berjemaah di atas padang.

Ia dilihat sebagai sesuatu yang sangat baik dan menerima pujian ramai pada ruangan komen.

Walau di manapun kita berada, solat tetap wajib dilaksanakan.

Semoga Harimau Malaya akan beroleh kemenangan untuk perlawanan seterusnya.

 

Sumber: Instagram JOHORDTFC Supporters dan FA Malaysia

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest