Connect with us
Selamat Hari Raya

Inspirasi

Tidak ‘Potong Barisan’, Kavita Sidhu Dipuji Kerana Beratur Menerima Vaksin Sama Seperti Rakyat Biasa

Ramai memuji peragawati terkenal iaitu Kavita Sidhu mengambil vaksin tanpa memotong barisan, walaupun beliau tergolong dalam kategori ‘golongan kayangan’.

Published

on

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan pelbagai berita sensasi mengenai selebriti, influencer atau golongan kayangan yang ‘melanggar’ prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dilaksanakan sehingga ada yang dikompaun, malah ada juga kes yang masih lagi dalam siasatan sehingga kini.

Disebalik isu pelanggaran SOP tersebut, tular satu ciapan seorang individu di Twitter yang memuji seorang peragawati, pelakon dan pengacara iaitu Kavita Sidhu yang dilihat mengambil vaksin tanpa memotong barisan, walaupun beliau tergolong dalam kategori ‘golongan kayangan’.

Menurut individu tersebut, Kavita sering dilihat sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan perkara-perkara positif, merendah diri dan menjaga sensitiviti rakyat.

Bukan itu sahaja, beliau merasakan bahawa Kavita wajar dipanggil influencer sebenar kerana sifatnya yang suka menyebarkan perkara yang baik, malah bangga kerana peragawati itu juga memartabatkan baju kurung!

Meninjau komen-komen di bebenang tersebut, ramai yang bersetuju dengan ciapan individu tersebut dan turut memberikan pendapat mereka masing-masing :

Sifat merendah diri Kavita sememangnya wajar dicontohi kita semua.

Mengikuti perkembangan terbaharu Kavita, beliau baharu sahaja selesai mendapatkan vaksin jenis AstraZeneca di Putrajaya pada 3 Mei 2021 seperti yang dikongsikan beliau di laman Instagram miliknya.

Apa-apa pun jangan lupa untuk daftarkan diri anda untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Aplikasi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my atau hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan: 1800-888-828.

Sumber : Twitter @callmefye

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest