Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Tidak Salah Mohon Pertolongan Isteri, Saharul Ridzwan Beri Tips Untuk Golongan Suami

Bagus la macam ni

Published

on

Lumrah dalam kehidupan berumah tangga, susah senang akan dikongsikan bersama.

Itulah yang menjadi memori terindah dalam sesebuah keluarga.

Pada 3 Februari 2021, pelakon Saharul Ridzwan telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

Hantaran itu menunjukkan Saharul dan isterinya, Deena Amir sedang dalam satu proses fotografi.

Saharul memberitahu, beliau jarang meminta pertolongan isterinya berkaitan hal kerja selama tempoh 4 tahun mendirikan rumah tangga.

Ini kerana beliau percaya tugas mencari nafkah itu adalah menjadi tanggungjawab seorang suami.

Bagaimanapun, tanggapannya silap apabila Saharul merasakan mood bekerja lebih baik jika ada isterinya di sisi:-

“Kali ini sy minta pertolongan dia utk ********* , dan suprisingly, sy enjoy moment tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan sangat lancar semalam. Dan sy berharap outcome utk semua ni di luar jangkaan saya. InShaaAllah.”

Selain itu, beliau turut memberi nasihat kepada para suami berkaitan perkara ini:-

“Kepada suami2 di luar sana, tak salah minta pertolongan dari isteri, sebab kita pun manusia, ada part yang kita tak boleh buat sorang2. Tarik isteri kita, minta tolong dia dan kita tetapkanlah apa apa “redline” supaya sesuatu yang kita buat, tidak akan menjarakkan hubungan kita dalam keluarga. Mulakan dengan niat yang betul. Sudahkan dengan Alhamdulillah.

“Do something with your loved one, and do it sincerely with love.”❤️”

Perkongsian ini menunjukkan wujudnya sikap toleransi dalam hubungan Saharul dan Deena, so sweet!

Semoga keharmonian keluarga ini dapat dicontohi oleh ramai orang di luar sana.

 

Baca artikel berkaitan: Niat Saharul Ridzwan Dan Anak Nak Buat Kejutan Pada Isteri, Tapi Lain Pula Yang Jadi!

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest