Connect with us
Geng Pagi Hot

Inspirasi

Tinggalkan Anjing Setelah Pilih Islam, Ryzal Harap Dapat Jadi Suami Terbaik Untuk Maryam

Maryam pun kini kelihatan sangat ceria di samping suaminya

Published

on

Dengan gabungan pasangan suami isteri daripada Malaysia dan Korea Selatan, maka tercetuslah Duriankimchi.

Nama itu adalah bersempena penyatuan cinta antara Ryzal Ibrahin dan Maryam Younarae yang kini menetap di Malaysia.

Kisah mereka mungkin sudah ramai yang ketahui, dengan Maryam memilih Islam dan berkahwin dengan Ryzal.

Pada 12 Februari 2021, satu video telah dikongsikan di Instagram Duriankimchi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Melalui caption, Ryzal menceritakan tentang Maryam yang telah meninggalkan seekor anjing peliharaannya kerana berpindah ke agama Islam:-

“Maryam tinggalkan nenek dan anjing kesayangan.

Setelah 4 tahun membesarkan anjing, Maryam terpaksa menyerahkan pada orang lain. Sebaknya hati Ryzal bila Maryam lebih memilih Islam daripada anjing yang dulu salah satu punca Maryam teruskan hidup. Lebih menyayat hati bila satu-satunya nenek kesayangan dia membesar bersama juga terpaksa ditinggalkan demi mengikut suaminya.”

Video itu juga menunjukkan Maryam menangis kerana terpaksa berpisah dengan haiwan yang dijaganya selama 4 tahun itu.

Selain itu, Maryam juga terpaksa berjauhan dengan neneknya setelah berkahwin dengan Ryzal.

Tambahan lagi kini jarak lebih memisahkan mereka antara Malaysia dan Korea.

Melihat pengorbanan yang dibuat isterinya itu, Ryzal berharap dapat menjadi seorang suami yang terbaik untuk Maryam:-

“Ya Allah, jadikan aku suami terbaik untuk isteriku Maryam.
Jauhilah aku dari mengguriskan perasaannya.
Kuatkan ikatan cinta kita berdua hingga akhir hayat kami.

Untuk sayangku @maryamyunrrr”

Maryam kini kelihatan sangat ceria dan boleh menceriakan orang lain pula.

Semoga rumah tangga yang mereka bina ini berkekalan selamanya.

 

Baca artikel berkaitan: Rindu Nenek Di Korea, Maryam Sedih Tak Dapat Sambut Seollal Bersama Keluarganya

Sumber: Instagram Duriankimchi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest